suria

Mengemis ‘gifts’ di TikTok, lelaki ini tergamak rendam ibu bapa sendiri dalam air kolah! Suruh kerja tak mahu, tapi minta duit

Warga emas ini dipaksa berendam di dalam air bagi mendapatkan coins di TikTok.

APA saja sanggup dilakukan sebilangan pempengaruh media sosial untuk mencari wang dengan mudah.

Bagaikan satu 'kerja gila' apabila ada dalam kalangan golongan penyedia kandungan atau content creator itu yang sanggup bertindak kejam kepada ahli keluarga sendiri demi meraih populariti.

Terbaharu, seorang individu aktif berkongsi video seolah-olah mengemis sumbangan hadiah daripada netizen di TikTok yang kemudiannya boleh ditebus dalam bentuk wang ringgit.

Dalam hantaran dibuat pengguna dikenali sebagai @intan_komalasari92, dia mempromosikan beberapa rakaman video supaya orang ramai dapat menonton siaran langsung (live) yang dibuat ketika aktiviti mandi lumpur membabitkan ibu, bapa dan juga neneknya.

Tangkap layar daripada akaun TikTok.

Menurut individu berkenaan, dia tidak mengejar populariti dengan viral sebaliknya mahu bergembira dan menghiburkan penonton.

"Masuk live guys. Saya tak perlukan viral. Saya perlukan duit untuk beli skin Mobile Legend (permainan video) dengan makan KFC (Kentucky Fried Chicken).

"Join live 24 jam tanpa henti teman ibu saya di sini," ujarnya.

Berdasarkan deretan video-video pendek yang dikongsikan, ahli keluarganya itu diminta duduk di atas kerusi plastik di dalam sebuah kolah yang diisi air secara sedikit demi sedikit sambil disaksikan warga maya secara langsung.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Senang kerja! Warden buat live TikTok ketika spotcheck dorm pelajar, otai hadir dedah port rahsia sorok barang larangan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Seru ‘Gift Lion’ kuat-kuat ketika live TikTok, sekali singa muncul... penjual pau pasrah kena botakkan kepala

Untuk rekod, TikTok mempunyai fungsi menarik yang dipanggil coins (syiling).

Jika layak untuk mengadakan live stream, anda boleh mengumpul coins daripada pengikut kesayangan yang kemudiannya ganjaran tersebut dapat ditukar kepada wang.

Buat masa sekarang ini adalah cara yang paling popular untuk ‘buat duit’ daripada TikTok.

Sementara itu daripada satu rakaman skrin (screen recording) dimuat naik Anitiya di TikTok, kelihatan seorang nenek meminta izin untuk ke tandas gara-gara tidak tahan mahu membuang air kecil.

Ahli perniagaan ini menawarkan peluang pekerjaan kepada pengguna TikTok terbabit.

Namun, dia dihalang dan warga emas bernasib malang itu diminta meneruskan aktiviti dan kencing ketika membuat live.

Tindakan kejam pengguna TikTok itu ternyata mengundang kecaman ramai hingga mendapat perhatian ahli perniagaan dikenali sebagai Jhon yang menggunakan akaun @jhon.lbf_official.

Demi menggesa agar penghasilan kandungan seperti itu segera dihentikan, Jhon menawarkan peluang pekerjaan kepada individu tersebut.

"Saya tunggu persetujuan kemungkinan dia mahu bekerja di kedai saya.

Pindahkan wang tersebut sebagai modal memulakan perniagaan supaya kami tak lakukan live macam ni dekat TikTok.

INTAN KOMALASARI

"Biar dapat duit (dengan bekerja) daripada dia buat macam tu dekat ibu sendiri," katanya dalam nada simpati.

Namun tawaran kerja itu ditolak mentah-mentah individu berkenaan.

Sebaliknya dia meminta untuk diberikan wang sebanyak 200 juta Rupiah (RM57,000) sebagai 'pampasan' agar menghentikan penghasilan kandungan berkenaan.

IMG_2981

Antara komen netizen.

"Kalau abang Jhon tak nak tengok kami buat live streaming macam ni, transfer 200 juta Rupiah.

"Sebab dekat video abang tu banyak pergi melancong ke sana sini. Pindahkan jumlah wang tersebut sebagai modal memulakan perniagaan supaya kami tak lakukan live macam ni dekat TikTok," katanya.

Kejadian tersebut berlaku di Indonesia namun turut menjadi tular di negara ini apabila ruangan komen pada video-video yang dikongsikan dipenuhi dengan ulasan netizen dari Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain