suria

Mula-mula malu nak sentuh, siap alas tisu... Lepas dah pegang dua kali cium! Netizen ‘rimas’ pengantin lelaki lengahkan acara sarung cincin

Gelagat pengantin ini mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.

RASA gemuruh dan gementar merupakan perkara biasa bagi mana-mana pasangan pengantin.

Perkara seperti itu terjadi apabila seseorang itu perlu melakukan sesuatu perbuatan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Sejak kebelakangan ini bagaikan satu trend apabila pasangan pengantin dilihat malu-malu untuk bersentuhan antara satu sama lain buat kali pertama selepas sah bergelar suami isteri.

Sama seperti sebuah video yang tular ini, pengantin lelaki kelihatan terketar-ketar untuk menyarungkan cincin ke jari isterinya ketika sesi membatalkan air wuduk di dalam sebuah masjid.

Berdasarkan video di TikTok, pengantin lelaki mengambil masa yang lama iaitu lebih dua minit untuk menyempurnakan acara itu.

"Alahai pengantin ni malu-malu pula. Alhamdulillah selesai sudah.

ARTIKEL BERKAITAN: Menggeletar, liuk-lintuk badan malu disentuh suami selepas akad nikah... ustazah ada teguran sayang buat pengantin ketika sesi batal wuduk

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Terover’ gemuruh sebab gadis pilihan sah jadi isteri, pemuda disangka ada ‘apa-apa’ dengan pengapit - “Nanti slow talk suami isteri dalam bilik sebelum tidur ya”

"Pertama kali jumpa yang macam ni... Selamat pengantin baharu, semoga kekal bahagia," tulis pemilik akaun TikTok yang berkongsi video tersebut.

Berdasarkan rakaman itu juga, pengantin perempuan kelihatan lebih tenang serta pasrah menghulurkan jarinya untuk disarungkan cincin.

Setelah sekian lama menantikan sesi yang sepatutnya dilakukan secara ringkas dan pantas itu berakhir, seorang wanita tampil cuba membantu.

Seorang wanita dilihat terpaksa membantu mempercepatkan proses menyarung cincin.

Pada mulanya dia menghulurkan sekeping tisu kepada pengantin lelaki untuk dijadikan 'pengalas' tatkala menyentuh isterinya.

Namun usaha itu tetap tidak berhasil.

Wanita itu kemudian bingkas memegang tangan si pengantin perempuan dan menghalakan kepada pengantin lelaki bagi mempercepat proses menyarungkan cincin.

Malulah air muka perempuan tu, bukannya kau nak kena pegang benda haram... tolonglah hentikan tabiat macam ni.

NETIZEN

Akhirnya sesi berkenaan tamat dengan bantuan wanita yang sedikit berusia itu.

Sementara itu dalam satu lagi perkongsian video di akaun sama, pasangan mempelai berkenaan dilihat meneruskan acara seterusnya iaitu mengucup dahi pengantin perempuan.

Kali ini prosesnya agak mudah malah pengantin lelaki kelihatan mengucup dahi isterinya sebanyak dua kali.

Antara komen netizen di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen melahirkan rasa tidak senang dan 'rimas' dengan gelagat pengantin lelaki berkenaan.

Kata mereka lelaki itu terlalu berlebihan dalam menzahirkan rasa malu untuk menyentuh isterinya buat kali pertama.

"Over la mamat ni. Depan kamera tak payahlah acah-acah. Malulah air muka perempuan tu. Bukannya kau nak kena pegang benda haram. Tolonglah hentikan tabiat macam ni.

"Kalau aku ni, bukan setakat penampar, sekali penyepak aku bagi. Duk tergagai-gagai (terhegeh-hegeh) apa tak tau macam ni.

"Makcik baju oren pun sampai menyampah dan blah (pergi) dan datang balik tak sarung-sarung lagi," komen netizen di Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain