suria

Bongkok badan, kaki terkepit-kepit tahu-tahu bau hancing! Gadis kencing dalam kedai, dah keluar sanggup masuk balik

Pelaku itu didakwa kencing di sebuah kedai serbaneka.

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang gadis yang dipercayai kencing di dalam sebuah kedai serbaneka tular di media sosial.

Menurut pemilik video, pelaku meninggalkan kedai dalam keadaan berbau hancing selepas dia didakwa 'melepaskan hajat' di dalam premis berkenaan.

"Adik siapa ni, puas galok (bergembira) dalam kedai sebelum keluar tinggal air kencing hancing," tulisnya menerusi perkongsian di aplikasi TikTok.

kencing2

Dia dilihat keluar dari premis sebelum masuk semula dan terkencing di satu sudut.

Menerusi kejadian yang berlaku pada Selasa, gadis bertudung hitam itu pada mulanya kelihatan sedang berlegar-legar di dalam premis berkenaan sambil ditemani seorang lagi individu.

Dia kemudian keluar dari kedai tersebut sebelum dilihat masuk semula dan berdiri di satu sudut sambil berborak dengan seorang lagi wanita yang datang bersamanya.

Wanita itu kelihatan membongkokkan badan dan memegang bahagian belakang skirt sambil diperhatikan wanita berkenaan.

Mungkin dia ada weak bladder. Kalau ya pun tak tahan, tandas jauh, lagi baik kencing kat luar, ada pokok tu.

NETIZEN

Selepas pelaku yang dipercayai kencing sambil berdiri di hadapan rak, mereka berdua dilihat segera meninggalkan premis berkenaan.

Lebih melucukan, dua pelanggan lain turut menyedari kejadian itu sebelum mereka berlalu ke kawasan rak lain.

Pemilik video berkenaan dipercayai bekerja di kedai tersebut memandangkan dia mempunyai akses untuk melihat rakaman CCTV.

ARTIKEL BERKAITAN: Mencuri tak guna otak, muka terpampang depan CCTV sebab pakai ‘mask’ bawah dagu... Ini punca kasut depan rumah lesap!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bawa beg hijau tak sedar penghuni flat pasang CCTV, ligat curi tudung di ampaian... Kini makin popular, wajah kacak viral di FB

Malah dia turut meletakkan lokasi 'Kuala Terengganu' pada perkongsian video itu.

Sehingga kini, video berkenaan meraih 2 juta tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Selain menyelar tindakan wanita itu, ramai netizen turut mengaitkan kejadian tersebut dengan penyakit tertentu yang menyebabkan seseorang individu gagal menahan kencing.

"Tak tahan sangat dah tu. Kaki pun melilit.

"Mungkin dia ada weak bladder. Kalau ya pun tak tahan, tandas jauh, lagi baik kencing kat luar, ada pokok tu.

kencing3

Dua pelanggan lain dipercayai turut menyedari kejadian tersebut.

"Kenapa dia tergamak buat macam tu. Pergi la tandas," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada netizen yang turut mempertikaikan kesahihan video CCTV berkenaan memandangkan air kencing di atas lantai tidak dapat dilihat dengan jelas.

"Tiga kali aku ulang video, tak nampak pun.

"Time bila keluar, aku tak nampak," tulis beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain