suria

Tergamak kurung kucing dalam boot kereta, nak seludup naik kargo ke Sabah! Ramai risau si bulus mati kepanasan

Seekor kucing dibiarkan di dalam boot kereta untuk dihantar ke Sabah menaiki kargo.

PENCINTA haiwan pasti berada dalam dilema untuk meninggalkan si bulus kesayangan apabila terpaksa ke luar kawasan mahupun pulang bercuti di kampung halaman.

Mereka seboleh-bolehnya mahu membawa haiwan peliharaan itu ke mana sahaja meskipun terpaksa melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang.

Seperti video tular baru-baru ini, pemilik sanggup membiarkan kucing peliharaannya di dalam boot kereta dipercayai untuk di bawa ke Sabah menaiki kapal.

Umpama melakukan penyeludupan, dia turut menyediakan bekas pasir serta makanan di dalam boot bagi mengelakkan kucing itu lapar sepanjang tempoh perjalanan.

Keperluan kucing seperti makanan dan pasir disediakan di dalam bonet kereta.

Keperluan kucing seperti makanan dan pasir disediakan di dalam bonet kereta.

Meskipun menyediakan segala keperluan, tindakan si pemilik itu dilihat membahayakan nyawa kucingnya berikutan keadaan cuaca yang panas.

Malah kucing tersebut juga mungkin akan mengalami kesukaran bernafas kerana tiada pengaliran udara selain kepanasan kerana terkurung dalam tempoh yang lama di dalam kapal kargo.

Penyeludupan itu bagaimanapun berjaya dikesan pasukan pengurusan kenderaan ke Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua ekor si bulus di ambang maut, ular sawa cari makan musim banjir... Besar macam anakonda!

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing berdarah nyaris kena lenyek tengah jalan... wanita ini tak sangka hajat akhirnya tertunai, siap dapat si bulus mata biru!

Tambahan pula ia melanggar syarat perjalanan bagi haiwan yang memerlukan pengesahan dan kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).

Perkongsian yang dibuat @susteam di laman sosial mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Difahamkan pasukan berkenaan terpaksa melepaskan sahaja kucing berkenaan di kawasan Pelabuhan Klang, Selangor.

Sampai Sabah, dah meninggal kucing tu... perlu ada permit dan kuarantin darpada DVS.

WARGA MAYA

"Jangan lepaskan macam tu sebab ia kucing rumah.

"Macam mana agaknya keadaan kucing tu di pelabuhan, bolehkah dia survive.

"Anyone update kucing tu di mana, dah ada orang ambil? Kesiannya," ujar sebilangan warga maya.

Pun begitu tidak kurang juga yang mengecam tindakan pemilik kucing tersebut selain menyifatkan dia tidak berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara.

Reaksi warga maya selepas melihat kucing diletakkan di dalam bonet sebelum masuk kargo.

Reaksi warga maya selepas melihat kucing diletakkan di dalam bonet sebelum masuk kargo.

"Jangan begini, ada cara yang betul dan selamat untuk kucing... sia-sia dapat bangkai kalau begini.

"Boleh mati kepanasan kucing tu.

"Siapa yang buat, mana boleh letak kucing dalam kereta, mahu kejung nanti... ada akal?

"Sampai Sabah, dah meninggal kucing tu. Perlu ada permit dan kuarantin darpada DVS," luah sebahagian lagi netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain