suria

Tak perlu pinjam Ah Long, CEO tempat kerja nak bagi duit beli tiket konsert Coldplay... Boleh bayar sikit-sikit potong gaji bulanan

Syarikat tempat wanita tersebut menawarkan inisiatif kepada pekerjanya yang mahu membeli tiket konsert Coldplay. Gambar sekadar hiasan

MENONTON konsert band kegemaran sememangnya menjadi salah satu daripada bucket list seseorang apatah lagi ia kunjungan julung-julung kali artis berkenaan ke sesebuah negara.

Baru-baru ini, band rock alternatif popular British, Coldplay, secara rasmi mengumumkan akan 'turun' ke Malaysia, Indonesia, Taiwan, Jepun dan Australia sebagai sebahagian daripada rangka konsert jelajah mereka, Music of The Sphere World Tour (MOTSWT).

Pastinya para peminat Coldplay tidak mahu melepaskan peluang menonton konsert band tersebut secara langsung.

Bagaimanapun, tidak semua orang mampu membeli tiket konsert tersebut dan perlu mengumpul wang lebih-lebih lagi jika mahu membeli seat yang berbaloi.

Alangkan bertuahnya jika ada pihak yang sudi menawarkan bantuan kewangan untuk membiayai harga tiket konsert berkenaan, sebagaimana perkongsian seorang wanita ini di Twitter.

coldplay 1

Ciapan wanita tersebut yang mengundang perhatian warga maya.

Menurut pemilik akaun @aetheraz, majikan di syarikat tempatnya bekerja bermurah hati menawarkan inisiatif kepada para pekerja yang ingin membeli tiket konsert tersebut.

"Pejabat saya, terutamanya CEO saya, memberi pinjaman dengan bunga kosong peratus (tanpa faedah) untuk yang mahu menonton konsert Coldplay. Kalau Taylor Swift ke Indonesia, dia juga bakal memberi pinjaman yang sama," demikian ciapan yang ditulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka pergi konsert tapi tak mahu bayar, gadis ini kongsi tip menang tiket bertuah... Siap dapat peluang ‘meet and great’ Song Ji Hyo

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak puas jumpa Aina Abdul, bergambar pula dengan poster... Sakit lutut pun gagah panjat tangga demi konsert pertama seumur hidup

Wanita yang berasal dari Indonesia dan bekerja di sebuah syarikat di Kuningan, Jawa Barat itu turut memuat naik imej tangkap layar emel yang dihantar oleh majikannya.

Menerusi isi kandungan emel tersebut, majikan wanita itu menulis bahawa mana-mana pekerja yang meminati Coldplay tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk menonton konsert mereka secara langsung.

"Saya pernah pergi ke konsert di Singapura dan Bangkok ketika Coldplay melakukan jelajah Asia pada 2017. Dan ia sangat hebat. Ia adalah pengalaman konsert terbaik sepanjang hidup saya.

"Jika anda peminat Coldplay, konsert akan datang yang bakal berlangsung di Gelora Bung Karno Jakarta pada 15 November tidak patut dilepaskan. Selepas lama menunggu, mereka akhirnya di sini.

CEO sebegini membuatkan para pekerja berasa selesa.

NETIZEN

"Untuk memudahkan anda, setiap pekerja layak untuk menikmati kosong peratus program bayaran ansuran apabila anda mahu membeli tiket Coldplay. Ia akan ditolak secara langsung daripada gaji anda," demikian paparan isi kandungan emel yang dikongsi wanita berkenaan.

Tambah wanita tersebut, syarikat tempatnya bekerja amat mengambil berat dan dia sendiri sudah dua tahun berkhidmat di situ kerana persekitaran yang benar-benar menyeronokkan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa 'iri hati' dan menyifatkan wanita tersebut dan rakan sekerjanya di syarikat berkenaan begitu bertuah.

Foto: Rick Scuteri/Invision/AP

Coldplay yang kini dalam siri jelajah dunia mengumumkan akan turut 'turun' di beberapa buah negara Asia termasuk Malaysia dan Indonesia. Foto:Rick Scuteri/Invision/AP

"Bosnya baik dan peramah dengan para pekerja.

"CEO sebegini membuatkan para pekerja berasa selesa.

"Pasti pekerja di situ gembira kerana bos mereka baik sangat," demikian antara komen netizen.

Bahkan ada juga warga maya yang mahu tagged majikan di syarikat masing-masing agar menawarkan inisiatif yang sama.

Untuk makluman, harga tiket konsert Coldplay di Indonesia bakal dijual dengan harga antara Rp800,000 (RM240.49) sehingga Rp11 juta (RM3,306.79).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain