suria

Suka pergi konsert tapi tak mahu bayar, gadis ini kongsi tip menang tiket bertuah... Siap dapat peluang ‘meet and great’ Song Ji Hyo

Zu berpeluang menghadiri pelbagai konsert selepas memenangi peraduan yang disertainya.

REZEKI tak pernah salah alamat.

Begitulah kisahnya mengenai seorang gadis bertuah apabila dia kerap memenangi peraduan yang disertainya.

Setakat ini, Zusilawati Amiruddin, 27, berpeluang menghadiri lebih 10 konsert dan acara bertemu peminat atau ramah mesra (meet and greet) tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan.

zu02

Zu pernah menenangi peraduan yang membolehkannya menonton artis K-Pop kegemaran secara langsung.

Bercerita kepada mStar, dia yang senang disapa Zu mengakui kurang bertuah ketika zaman sekolah, namun situasi itu mula berubah sejak beberapa tahun lalu.

"Sebenarnya daripada zaman sekolah sehinggalah awal alam pekerjaan, saya tak pernah menang apa-apa. Cabutan bertuah di sekolah pun saya tak pernah menang.

"Kemudian tak tahu macam mana, saya kerap menang kalau masuk peraduan sehingga dapat hadiri konsert artis dalam dan luar negara. Ada ketikanya saya dapat jumpa dan bergambar dengan mereka.

Paling penting kena fahami syarat dan terma yang penganjur tetapkan. Kadang-kala kita terlupa bab itu. Kena tahu syarat baru lepas.

ZUSILAWATI AMIRUDDIN

"Selain menang konsert dan dapat bertemu artis kegemaran, saya juga pernah menang baucar bernilai RM1,000," ujarnya yang menetap di Klang, Selangor.

Mengimbas kenangan manis sepanjang menyertai pelbagai peraduan di negara ini, Zu berkata dia pernah diberi peluang untuk bertemu dekat dan bergambar bersama aktres popular Korea Selatan, Song Ji Hyo.

Selain itu, dia juga berpeluang menghadiri konsert melibatkan penyanyi rap Korea, B.I; penyanyi Indonesia, Judika; kumpulan Westlife, Ungu, Bunkface dan macam-macam lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dapat isteri BTS army, suami reda ‘merchandise’ K-pop penuh bilik tidur... Tapi mengadu foto kahwin hanya belakang TV!

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal abu! Pelajar hiba koleksi barang K-Pop dibakar, sanggup cari serpihan terselamat - “Yang dia bakar tu jiwa anak”

"Paling best konsert Judika. Saya minat dia sejak dulu lagi. Saya pernah tonton dia dari jauh ketika program Astro. Kemudian saya berpeluang selfie dengannya selepas menang peraduan.

"Konsert Westlife baru-baru ini pun seronok. Sebab saya minat mereka sejak sekian lama. Paling tak boleh dilupakan tentunya peraduan untuk konsert Ungu.

"Saya 'layan' lagu mereka sejak kecil lagi. Ibarat mimpi jadi realiti apabila menang tiket konsert Ungu," ujarnya yang pernah memenangi peraduan untuk menghadiri acara bersama Lee Min Ho.

Akauntan yang dilahirkan di Sabah itu turut berkongsi kisahnya di aplikasi TikTok sehingga dia menjadi perhatian ramai netizen.

zuo3

Zu merupakan seorang akauntan.

"Siapa dia ni sebenarnya? Kenapa bertuah sangat?

"Akak ni makan apa sampai bertuah sangat?

"Akak ada amalkan apa-apa ke? Share lah," tulis beberapa netizen.

Mengulas komen-komen di TikTok, Zu berkata dia tidak mempunyai sebarang rahsia, sebaliknya akan meneliti setiap syarat dan terma apabila menyertai mana-mana peraduan.

zue05

Antara peraduan yang pernah disertainya sebelum ini.

"Ramai yang tanya kenapa saya bertuah? Saya pun tak tahu macam mana. Kebanyakan peraduan yang saya sertai tidak melibatkan bayaran atau beli apa-apa produk.

"Saya biasanya akan tengok syarat dan terma peraduan itu. Kalau syaratnya kena beli sesuatu, saya tak akan sertai. Tapi kalau diminta tinggalkan komen atau buat video, saya akan cuba.

"Tapi paling penting kena fahami syarat dan terma yang penganjur tetapkan. Kadang-kala kita terlupa bab itu. Kena tahu syarat baru lepas. Tapi saya pernah juga tak menang, tak selalunya bertuah," ujar Zu lagi.

Terbaharu, Zu berkata dia turut memenangi tiket konsert kumpulan K-Pop Treasure serta band Indonesia ST12 yang diadakan serentak pada Sabtu.

"Ini paling terbaharu. Jadi saya akan pergi ke konsert Treasure, manakala tiket ST12 akan diberikan kepada abang saya," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain