suria

[V] Dua ekor si bulus di ambang maut, ular sawa cari makan musim banjir... Besar macam anakonda!

Kelihatan seekor ular sawa membelit sangkar kucing.

BENCANA banjir di negeri Pantai Timur sejak minggu lalu memaksa ribuan penduduk terjejas berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Dalam situasi getir itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan kehadiran haiwan berbisa yang mungkin berada dalam kawasan kediaman mereka.

Terbaharu, tular video memaparkan seekor ular sawa yang sedang membelit sangkar kucing di sebuah kediaman yang dinaiki air banjir.

Video yang dirakam pada waktu malam itu menunjukkan terdapat dua ekor kucing berwarna putih berada dalam sangkar berkenaan.

"Selalu berwaspada pada musim banjir. Bukan keselamatan penghuni sahaja harus dijaga, anak bulus jangan di lupakan. Nasib baik sangkar tu kukuh lagi. Abam sawa batik pun boleh tahan sado nk melahap.

Ada parang panjang, tombak atau buluh runcing ke, tikamkan je ular ni, memudaratkan macam ni.

NETIZEN

"Jangan ambil tindakan sendiri, segera hubungi Bomba atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk keadaan ini," tulis pengendali Twitter Jabatan Netizen Malaysia.

Video berdurasi 16 saat itu meraih lebih 10,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hempuk kepala babi hutan guna pendayung, mangsa banjir Kelantan dilabel kejam! - “Jangan jadi manusia tiada perasaan”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pemilik hotel kucing di Kelantan cemas! Anak sakit perlu dibawa ke klinik segera, 7 ekor bulus di premis terperangkap banjir

Selain bimbang dengan keselamatan kucing, netizen turut berjenaka dengan saiz ular sawa batik berkenaan yang disifatkan seperti anakonda.

"Boleh pula dia sesat sampai ke situ. Berenang ke apa sang batik ni?

"Ada parang panjang, tombak atau buluh runcing ke, tikamkan je ular ni, memudaratkan macam ni.

THOMAS YONG/The Star

Negeri di Pantai Timur berdepan banjir sejak minggu lalu. Foto: Thomas Yong/The Star.

"Kesian kat member-member dalam sangkar tu. Tawakal je muka. Berserah kepada yang Maha Esa saja tu," tulis beberapa netizen.

Terdahulu, mStar turut melaporkan kisah sekumpulan babi hutan yang sedang berenang mengharungi banjir dan cuba mendekati sebuah sampan.

Video itu tular dan menerima kecaman apabila seorang lelaki mengetuk kepala babi hutan itu menggunakan pendayung.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain