suria

[V] Pemilik hotel kucing di Kelantan cemas! Anak sakit perlu dibawa ke klinik segera, 7 ekor bulus di premis terperangkap banjir

Tarmizi sempat menyelamatkan tujuh ekor kucing dalam premis perniagaannya pada Ahad malam.

BANJIR yang melanda negeri Pantai Timur sejak Ahad nampaknya semakin meruncing, memaksa penduduk terjejas untuk berpindah ke lokasi lebih selamat.

Di Pasir Mas, Kelantan, seorang pemilik hotel kucing turut berdepan detik cemas apabila premis perniagaannya dinaiki air sejak sehari lalu.

Menurut Ahmad Tarmizi Ibrahim, dia dimaklumkan mengenai air yang naik mendadak sekitar 8 malam, Ahad, sebelum membuat pemindahan haiwan pada hari yang sama.

"Staf tutup kedai kami pada pukul 6.30 petang. Pasa masa tu air dah melimpah ke atas jalan. Kami tak jangka ia akan masuk ke dalam kedai kerana kedai agak tinggi.

"Kemudian dalam pukul 8 malam, ada jiran kedai kami yang berniaga kek maklumkan yang air dah mula masuk kedai. Tapi saya tak dapat pergi segera.

"Anak sulung saya yang baru dilahirkan ada masalah kesihatan, saya kena pergi klinik dulu. Selesai urusan anak, baru saya pergi selamatkan kucing.

Baru setahun lebih beroperasi, tiba-tiba banyak rosak akibat banjir. Nanti nak kena mula balik selepas banjir, bisnes pun macam ombak.

AHMAD TARMIZI IBRAHIM

"Ketika sampai, kucing-kucing semua okay cuma nampak ketakutan. Mujurlah mereka dah panjat atas sangkar," ujarnya.

Senang disapa Tarmizi, pemilik Boogar Cathouse itu berkata terdapat tujuh ekor kucing dalam premis miliknya dan semua haiwan itu berjaya dibawa pulang ke kediaman keluarganya.

Pada pagi Isnin, dia memindahkan kesemua kucing itu ke kedai sahabatnya, Pawsfection Cat Hotel yang terletak di Pasir Tumboh kerana risau melihat paras air di kawasan kediamannya pada masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak cemas terperangkap banjir di tempat kerja, bapa janji cari jalan datang jemput! Misi berjaya walau diuji kereta tersangkut di longkang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pernah viral ketika banjir, pemuda ini akhirnya dapat beli townhouse! Paling bahagia boleh bawa mak ayah tinggal bersama

"Mujurlah pelanggan-pelanggan dah ambil kucing. Hanya ada seekor kucing pelanggan yang belum diambil, bersama enam ekor kucing peliharaan saya dalam kedai tu. Total semua tujuh ekor.

"Saya menaiki pacuan empat roda, bawa semua kucing tu balik ke rumah saya. Kawasan rumah pun air dah mula naik, tapi keadaan masih terkawal. Pagi Isnin, selepas Subuh terus saya hantar ke kedai kawan.

"InsyaAllah semua okay. Ketika banjir besar tahun 2014 pun kedai kawan saya tak dinaiki air. Harap semuanya selamat," ujar Tarmizi lagi.

kcuing7

Tarmizi memulakan bisnes pada 2019 sebelum membuka kedai pada Mac tahun lalu.

Dalam pada itu, video misi menyelamatkan kucing yang dikongsi oleh Tarmizi menerusi TikTok turut meraih lebih 140,000 tontonan.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa simpati dan menitipkan doa agar penduduk serta haiwan di negeri Pantai Timur terselamat dalam banjir kali ini.

"Ya Allah, kau selamatkan binatang kesayangan nabi ni, Aku tak sanggup lihat mereka dalam ketakutan.

kucing4

Keadaan dalam kedai Tarmizi yang dinaiki air sejak Ahad.

"Ya Allah kesiannya. Semoga Allah permudahkan segala urusan awak.

"Moga meow-meow semua dilindungi Allah dan dipermudahkan segala urusan tuan kedai," tulis beberapa individu.

Untuk rekod, premis perniagaan Boogar Cathouse yang menawarkan khidmat hotel serta grooming untuk kucing baru sahaja dibuka Mac tahun lalu.

Tarmizi sebelum ini mengusahakan perniagaan dari rumah sejak tahun 2019.

kcuign6

Boogar Cathouse bukan sahaja menawarkan khidmat hotel, malah turut dibuka untuk grooming haiwan peliharaan.

Menurut Tarmizi, dia reda dengan ujian banjir, namun berharap bencana kali ini tidak berpanjangan dan surut secepat mungkin.

"Sebelum ini saya buka bisnes ini secara home base sejak 2019. Kemudian Mac tahun lepas baru saya buka kedai. Baru setahun lebih beroperasi, tiba-tiba banyak rosak akibat banjir. Nanti nak kena mula balik selepas banjir, bisnes pun macam ombak.

"Tapi saya percaya ada hikmah di sebalik dugaan ini. Harapan saya agar hujan cepat berhenti, harapnya banjir pun surut cepat. Tempat saya okay lagi, tapi tempat lain lagi dahsyat. Harap semuanya selamat," ujar Tarmizi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain