suria

Dekat-dekat 20 minit belek menu, rupanya mat salih Belanda tak reti pesan makan... Mujur pemuda Malaysia muncul jadi hero di Yogykarta

Pemuda ini membantu pasangan daripada Belanda ketika melancong ke Indonesia.

SETIAP negara pastinya mempunyai bahasa ibunda mereka yang tersendiri.

Bagi mengelakkan situasi seperti ayam dengan itik, pelancong di mana-mana negara kebiasaannya akan menggunakan bahasa perantara yang diiktiraf seluruh dunia iaitu bahasa Inggeris.

Namun begitu, lain kisahnya untuk pemuda ini apabila dia bercuti ke Yogyakarta, Indonesia dan mendapati penduduk tempatan di sana kurang fasih berbahasa Inggeris.

Ciapan asal di Twitter.

Melalui ciapannya di Twitter, dia melihat pasangan mat salih daripada Belanda sedang cuba memesan makanan di sebuah restoran tetapi gagal berbuat demikian kerana perbezaan bahasa.

Berasa kasihan, pemuda tersebut yang dikenali sebagai Emir Haqim menawarkan diri untuk menjadi penterjemah kepada pasangan itu.

"Hanya pelancong yang ingin membantu pelancong lain. Masa ni aku tengah di Jogja (Yogyakarta).

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis balik sekolah, ibu terkedu anak beritahu kena ‘pulau’... puncanya tak pandai cakap Melayu! - “Sorry sayang mama”

ARTIKEL BERKAITAN: Istanbul Aku Datang! Berbelas kali pergi Turkiye, jumpa jodoh jejaka asing... wang kertas RM5 jadi permulaan bibit cinta

"Waktu tengah makan malam, ada nampak pasangan Belanda ni duduk belek (tengok) menu selama 20 minit lebih. Tak ada pelayan di restoran tu yang boleh bantu bercakap dalam Bahasa Inggeris.

"Jadi kawan aku pun yakinkan aku untuk beranikan diri pergi tolong, aku ni kalau ikutkan seorang yang introvert," tulis Haqim.

Pada mulanya sedikit ragu-ragu, Haqim bagaimanapun bersyukur dia memilih untuk membantu kerana ternyata pasangan Belanda tersebut sememangnya memerlukan bantuan.

Aku terfikir kalau aku tak tolong tu mesti akan rasa bersalah sampai aku pulang ke Malaysia.

EMIR HAQIM

"Aku macam fikir nak biarkan je dulu bagi mereka figure out sendiri. Tapi selepas kawan aku yakinkan, aku pun pergi tanya kalau mereka perlukan pertolongan.

"Mereka dengan pantasnya terus menjawab yang mereka sebenarnya sangat-sangat memerlukan bantuan. Aku pun tolong mereka pesan makanan yang mereka nak, aku jadi macam orang tengah.

"Aku terangkan makanan dalam menu tu macam mana dan kalau mereka ada soalan, aku akan tolong tanyakan kepada pelayan restoran. Mereka sangat menghargainya.

Haqim di Gunung Merapi, Yogyakarta, Indonesia.

"Aku terfikir kalau aku tak tolong tu mesti akan rasa bersalah sampai aku pulang ke Malaysia," cerita Haqim.

Selesai memesan makanan, Haqim sempat berbual sebentar dengan pasangan mat salih tersebut dan daripada situ dia mempelajari satu pengajaran hidup yang bermakna.

"Aku cakap dekat couple tu yang aku asal daripada Kuala Lumpur, rupa-rupanya sebelum mereka datang ke Jogja, mereka dah bercuti ke Kuala Lumpur dulu. Memang kebetulan.

Haqim melancong berdua bersama rakannya di Yogyakarta, Indonesia.

"Tapi aku tak boleh borak lama sebab selepas makan tu aku dah kena beransur. Cuma aku belajar something pada hari tu.

"Jangan segan nak tolong orang walaupun kita rasa mungkin benda tu kecil dan tak signifikan. Barangkali kecil pada kita, tetapi besar maknanya kepada mereka yang menerima.

"Jadi teruskan berbuat baik kepada semua. Aku harap dengan apa yang aku buat ni, aku dapat tinggalkan tanggapan yang baik sebagai seorang rakyat Malaysia kepada masyarakat Belanda," kata Haqim.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berkongsi pengalaman masing-masing dalam situasi yang serupa.

Haqim dan rakannya di Kraton, Yogyakarta, Indonesia.

"Teringat masa kerja sambilan dekat kedai baju waktu sekolah dulu, ada satu famili pelancong ni datang masuk kedai. Sebab promoter semua tahu aku kelas pandai, jadi aku yang dipilih untuk melayan mereka.

"Pernah ada pengalaman yang sama di Kuching, Sarawak, aku cuba terangkan dan recommend kepada pelancong tentang menu kegemaran kami di Swee Kang Ais Kacang.

"Pernah dekat satu stesen minyak ni, ada seorang pelancong ni dengan kawan dia nak beli air mineral tapi kurang pasti cara nak minum dari botol air tu.

"Jadi aku pun pergi tolong explain, nampak mereka happy dan aku pun puas hati," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain