suria

‘Rider’ kantoi geledah beg rider lain, mungkin cuma menyamar sebab hanya diam diajak borak tentang ‘order’

Hazwan ternampak seorang rider sedang menggeledah beg milik seorang lagi rider lain.

IBARAT menganiaya kawan sendiri.

Begitulah kisah seorang lelaki, dipercayai rider yang didakwa cuba menyelongkar dan mencuri beg makanan milik seorang lagi rider lain di Mont Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kisah itu diceritakan oleh seorang rider lain dikenali sebagai Hazwan yang tampil membuat pendedahan menerusi laman Facebook miliknya sehingga ia tular dalam kalangan netizen.

rider curi2

Lelaki ini didakwa menyelongkar beg milik seorang lagi rider lain yang diparkir bersebelahan motosikalnya.

"Kantoi busuk cubaan nak curi beg rider Grab atau nak curi barang kat dalam beg tu sekitar pukul 8.30 malam tadi. Aku sampai je tengok mamat ni macam 'stim' semacam borak entah apa benda.

"Aku nak pergi ambil makanan jadi aku toleh kat belakang tengok dia buka beg Grab sebelah motor dia tu. End up aku ambil gambar dulu dan rakam video sikit, aku rakam sikit je takut dia sempat ambil beg tu," dedah Hazwan.

Menurut Hazwan lagi, dia yang berasa curiga dengan rider berkenaan bertindak mendekatinya dan berpura-pura menegurnya.

Report polis bro, dia mungkin fake rider yang samun orang.

NETIZEN

"Jadi aku terus turun balik ke kawasan motor, aku acah-acah ambil barang. Dia nampak aku datang terus dia naik motor dia tunggu situ.

"Aku buat-buat tanya dia order okay ke, dia diam je. Aku malas nak tunggu situ, dah la ada double order ni.

"Si owner beg pun tak sampai-sampai lagi gamaknya kena sidai dengan restoran kot. Aku nak naik balik dalam mall dia (suspek) terus cabut tak sempat nak ambil beg," ujarnya.

Menurut Hazwan, dia akhirnya berjaya menemui rider yang nyaris menjadi mangsa dan sempat memberitahunya tentang kejadian yang baru sahaja berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sakit-sakit pun nak selesaikan ‘order’ dulu... Rider terlibat kemalangan dipuji amanah, siap panggil adik tolong sambung kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa pelajar jadi rider di restoran, guru hulur duit poket tapi ditolak! Berlaku sesuatu tak disangka selepas habis makan

"Sempat aku jumpa owner beg, tanyakan mamat ni dia kenal tak sebab takut-takut member dia ke apa? Tapi dia cakap tak kenal. Begitulah kisahnya," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengutuk tindakan lelaki tersebut yang dianggap sanggup menganiaya rider, apatah lagi dirinya juga bekerja sebagai rider.

Malah, ada juga yang membuat andaian bahawa lelaki itu hanya menyamar sebagai rider ketika melakukan jenayah.

"Letak makanan dalam beg pun tak selamat sekarang ni. Nampak gayanya kena masuk mall pakai beglah jawabnya.

rider cuti4

Rider itu terus berlalu pergi setelah dia ditegur oleh Hazwan.

"Ni rupanya manusia lapar. Member-member pun jadi nak curi.

"Yang merembat ni menyamar jadi delivery je, padahal tak buat delivery pun.

"Report polis bro, dia mungkin fake rider yang samun orang," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain