suria

“Nanti Allah ganti rezeki lain” - Ramai sebak tengok peniaga pasrah 4 balang air dipenuhi hujan, kena buang tak boleh jual

Seorang wanita berkongsi keadaan gerai bapanya yang dilanda hujan ketika berniaga.

CABARAN dalam perniagaan hanya dapat dirasai bagi mereka yang berani terjun dalam bidang itu.

Menanggung kerugian atau bisnes tidak pulang modal merupakan lumrah biasa dalam mana-mana cabang perniagaan antaranya makanan, pakaian mahupun perkhidmatan.

Begitulah yang dirasai bapa kepada pemilik akaun TikTok @nrealya apabila bisnes menjual air balang berdepan ujian yang tidak disangka-sangka.

Hujan turun dengan lebat hingga menyebabkan air balang dimasuki air.

Sebagaimana dirakamkan oleh anaknya, perniagaan menjual air balang di tepi jalan itu mengalami kerugian teruk apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba.

Lebih malang apabila bisnes itu dijalankan tanpa payung atau khemah jualan.

Maka empat balang minuman pelbagai perisa iaitu teh ais madu, mangga susu, teh bunga dan soda lemon bersama asam boi yang masih penuh akhirnya bercampur air hujan yang turun mencurah-curah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual air balang pun 'bergelut', paling sedih laksa sedap ibu langsung tak terusik, “Saya tak tahu apa yang kurang”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Masyuk’ hari pertama je, esoknya bisnes kena tutup! Tiga sahabat tenang disuruh henti jual air balang gara-gara ada aduan

Berdasarkan video berkenaan, peniaga air balang itu kelihatan pasrah kerana tidak dapat menyelamatkan air jualannya dalam kejadian baru-baru ini.

"Tak apa, rezeki Allah tu luas," kata lelaki berkenaan yang berniaga di Subang Flora, Selangor.

InsyaAllah... Allah ganti rezeki yang lebih baik untuk awak sekeluarga..

NETIZEN

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya bersimpati dan mendoakan agar urusan peniaga air balang tersebut dipermudahkan.

Bukan itu sahaja, mereka juga tersentuh dengan pelbagai dugaan yang terpaksa diharungi golongan peniaga dalam mencari rezeki sempena Ramadan kali ini.

Komen netizen di TikTok.

"Saya sebak tengok situasi macam ni. InsyaAllah Allah ganti rezeki yang lebih baik untuk awak sekeluarga.

"Tengok ni (video) pun dah menangis. Semoga tabah... nanti Allah gantikan rezeki lain.

"Hargai ayah selagi ada. Mungkin selama ni kita tak nampak pengorbanan ayah... tapi banyak sebenarnya," ujar netizen di TikTok.

Semoga peniaga-peniaga yang sedang gigih berusaha mencari rezeki demi kelangsungan hidup sentiasa dimurahkan rezeki dan tubuh badan sihat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain