suria

Gadis introvert susah hati, bakal ibu mentua ‘berat mulut’ tak banyak cakap... Risau takut dibenci - “Jawab pun sepatah-sepatah je”

Seorang gadis buntu selepas mendapat layanan dingin daripada ibu kekasihnya. Foto: Freepik

ORANG kata, first impression itu penting.

Begitulah situasi yang dilalui seorang gadis introvert apabila dia mula ragu-ragu untuk meneruskan hubungan ke fasa perkahwinan sejak pertama kali berjumpa dengan bakal ibu mentuanya.

Menurut gadis yang enggan mendedahkan identitinya itu, dia buntu untuk bersembang dengan bakal mentuanya, malah setiap soalan yang diajukan hanya dijawab dengan ala kadar sahaja.

Young wedding couple enjoying romantic moments

Perkahwinan merupakan satu komitmen sepanjang hidup. Foto: Freepik.

"Saya seorang yang introvert. Jadi agak susah nak mula bersembang khususnya dengan seseorang yang baru jumpa. Saya dalam fasa nak berkahwin.

"Saya dan pasangan dah jumpa keluarga masing-masing. Baru-baru ini, saya berjumpa dengan keluarga dia. Saya dapat rasa macam ibu dia tak berapa suka dengan saya.

"Mungkin daripada segi reaksi dan tak banyak juga bercakap. Kadang-kadang saya cuba tanya soalan dengan dia, tapi jawab pun sepatah-sepatah je. Saya jadi buntu nak sembang apa lagi," luahnya.

Kadang ada mak yang introvert juga... dia mencuba tapi tak bermakna dia tak suka awak.

NETIZEN

Menurut gadis itu lagi, teman lelakinya sering bercerita mengenai keterujaan ibunya untuk melihat mereka mendirikan rumah tangga, namun dia merasakan sebaliknya.

"Tapi apabila saya tanya pasangan saya, dia kata ibu dia okey saja. Ibu dia paling semangat nak uruskan (perkahwinan).

"Tapi pada masa sama, apabila jumpa depan-depan, tak seperti dikhabarkan," ujarnya dalam luahan di laman Twitter @twtmalaywedding.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua muda gelabah salam menantu lelaki! Dedah cinta pengantin berputik selepas insiden anaknya ditampar pemuda lain

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak 10 pun belum tentu ikhlas nak bagi” - Wanita stres mentua paksa serah bayi bakal lahir kepada kakak ipar, ‘geram’ suami tiada bantahan

Tambahnya, situasi itu jauh berbeza dengan layanan keluarganya terhadap lelaki itu, sekali gus membuatkan dia ragu-ragu untuk mendirikan rumah tangga,

"Keluarga saya pun bukan jenis yang ramah. Tapi apabila teman lelaki datang, mereka layan dengan sangat baik. Jadi saya rasa takut dan ragu-ragu.

"Tak tahu apa perasaan sebenar ibu dia dengan saya. Okey ke tidak dengan rancangan kami untuk berkahwin. Ke saya overthinking?

"Saya risau sebabnya yang paling penting mesti la reda kedua ibu bapa dan restu kan?" luah gadis itu lagi.

isteri2

Persefahaman merupakan antara kata kunci dalam setiap perhubungan. Foto: Freepik.

Dalam pada itu, beberapa netizen di Twitter turut memberikan pendapat mereka berhubung situasi yang dilalui gadis itu.

"Kadang ada mak yang introvert juga. Dia mencuba tapi tak bermakna dia tak suka awak. Samalah macam awak cuba-cuba nak kenal orang baru.

"Saya pula jenis extrovert. Jumpa ibu mentua terus introvert. Saya pun dapat rasakan ibu mentua tak suka saya. Dah kahwin pun, saya buat hal sendiri. Borak bila perlu tapi awkward tu masih ada.

"Kena paksa diri untuk bercakap, elakkan tengok muka mentua untuk elak tanggapan negatif," komen beberapa netizen di Twitter.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain