suria

Staf kedai buku dimalukan, dijerkah depan orang... Pelanggan lain tak biar, selamba tegur ibu bapa suka pertahan anak buat salah

Insiden di kedai buku itu mengajar anak perlu dilentur sejak kecil. -Gambar hiasan

MENEMPUH alam keibubapaan memerlukan kematangan dan kesabaran.

Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa harus mengimbangi antara curahan kasih sayang dan proses mendisiplinkan si cilik.

Kerana jika terkurang atau terlebih salah satu pasti akan menyebabkan pembawakan yang tidak sihat kepada anak ketika membesar kelak.

Ciapan asal di laman Twitter.

Begitulah kisah di kedai buku yang dikongsikan wanita ini apabila seorang kanak-kanak dibiar melakukan perkara tidak sepatutnya tanpa kawalan ibu bapa.

Menerusi bebenang di Twitter, wanita berkenaan menulis tentangi pengalamannya menyaksikan perilaku anak kecil yang terlampau dimanjakan.

"Saya tak faham sesetengah ibu bapa. Saya di sebuah kedai buku di Lalaport. Seorang kanak-kanak ni hampir jatuhkan satu lukisan seni yang dipamerkan di hadapan kedai buku itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil tunjuk perangai macam raja, balik sekolah asyik nak toys! Doktor psikiatri nasihat ibu bapa belajar kecewakan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Ini kedai mainan, bukan taska! Peniaga panas hati ibu bapa biar anak-anak main tanpa kawalan... Rosak tak mahu ganti!

"Pekerja di kedai buku tu pun datang dan tegur budak tu supaya jangan sentuh lukisan seni tersebut. Tapi akhirnya pekerja tu yang kena marah dengan ibu budak tu.

"Ibu budak tu siap jerit kepada pekerja berkenaan. Saya memang tak boleh terima apabila menyaksikan situasi itu di depan mata, ini sudah dikira buli," ujarnya.

Berasa geram dengan situasi yang dilihatnya, dia bertindak untuk masuk campur bagi mempertahankan pekerja di kedai buku tersebut tetapi malangnya dia pula yang dimarahi.

Budak macam ni bahaya bawa pergi rumah orang, nanti barang hancur ibu bapa dia akan pakai kad (alasan) 'dia kan masih budak'.

NETIZEN

"Ibu budak tu macam nak salahkan pihak kedai buku tu sebab letak lukisan seni dekat situ sampai anak dia boleh pegang. Dia tak faham ke, masalah sekarang ni adalah anak dia.

"(Sebaiknya) mengaku salah dan minta maaf. Inilah sebab budak-budak sekarang biadab. Apabila saya masuk tegur, bapa dia pula yang jerit dekat saya. Rupanya pasangan ni sama je dua-dua.

"Ibu dan bapa benarkan anak mereka untuk berkelakuan macam itu. Patut la jelik perangai anak dia," kata wanita itu dalam nada yang sedikit beremosi.

kids

Kanak-kanak yang kerap berkelakuan buruk perlu dibimbing. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu lagi, berdasarkan perbualan dia dan pekerja lain di kedai buku tersebut, kanak-kanak yang sama juga didakwa hampir menjatuhkan rak buku di dalam premis kerana kelincahannya yang melampau.

Tambah wanita berkenaan, dia berpendapat ibu bapa kanak-kanak itu masih berada dalam fasa penafian berkenaan tingkah laku buruk anak mereka.

"Kalau ibu budak ni boleh salahkan Tuhan, ahli politik, bangsa, kelas, status, pemanasan global dan lain-lain untuk perangai anak dia, mesti dia akan buat punya.

"Pendekatan yang mengecewakan daripada seorang individu dewasa dan perkara ini akan memberi tempias kepada anaknya yang buruk perangai.

"Apalah nasib generasi muda kita nanti," tulis wanita itu lagi.

Di penghujung bebenang, wanita itu memaklumkan yang dia menerima ucapan terima kasih dari seorang petugas kedai buku itu kerana bersuara bagi pihaknya ketika insiden terbabit.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Pekerja wanita di kedai buku tu, masih muda lagi, dia cari saya dan cakap terima kasih sebab tolong pertahankan dia.

"Saya sudah semestinya akan masuk campur, saya tak akan berpeluk tubuh dan tengok dia kena buli depan mata saya," katanya mengakhiri bicara.

Melewati ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyelar tindakan ibu bapa berkenaan.

"Patut la banyak budak-budak perangai sampah, rupanya datang daripada parent sampah.

"Budak macam ni bahaya bawa pergi rumah orang, nanti barang hancur ibu bapa dia akan pakai kad (alasan) 'dia kan masih budak'.

"Apabila parent kau terpaling entitled, anak pun akan jadi entitled juga," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain