suria

Peniaga Kelantan marah-marah masa live TikTok, siap koyak duit palsu RM100! Tak halal dunia akhirat - “Merangkaklah cari aku”

Peniaga itu berang selepas menerima wang palsu bernilai RM100.

DUNIA perniagaan sememangnya semakin mencabar.

Selain bergelut dengan peningkatan harga barang, para peniaga turut diuji dengan pelbagai kerenah pelanggan yang memeningkan kepala.

Terbaharu, seorang peniaga makanan dari Kelantan membuat luahan hati di media sosial selepas dia menerima duit palsu bernilai RM100.

Senang membasakan dirinya sebagai Kak Ji, peniaga itu berang apabila dianiaya seorang pelanggan tidak dikenali, baru-baru ini.

duit2

Antrara makanan yang dijual wanita itu.

"Nak bercerita. Kalau kita nak makan benda yang masuk dalam perut kita, janganlah buat hati ni hodoh sangat. Kalau aku maki, kata aku garang.

"Memang patutnya dimaki. Tengok ni, awal pagi lagi dapat duit palsu RM100. Binatang mana bayar pun, tak boleh nak kesan," luahnya dalam video di TikTok.

Menurut Kak Ji, dia biasanya akan membasahkan jari untuk mengesan tekstur wang palsu, namun malangnya duit itu tidak diserahkan kepadanya sewaktu ia berlaku.

"Tapi dia bukan bayar dengan Kak Ji. Ni mesti dengan Abi. Kalau dengan Kak Jie, aku tahu duit. Aku sentuh aku tahu.

Sepatutnya akak kena reda, lagi la mencurah rezeki... Allah baru uji sikit tu kak.

KAK JI

"Sebab tu tangan aku setiap kali aku ambil duit, aku basahkan tangan dan sentuh duit dulu. Lebih-lebih lagi dengan duit besar macam ni," ujarnya.

Menurut Kak Ji lagi, dia bukan sahaja tidak menghalalkan makanan yang dibeli pelanggan tersebut, malah menitipkan pesan agar pelaku 'merangkak' mencarinya di akhirat.

"Eh sampai hati ya, kau ingat kau makan tu, aku halal ke? Aku tak halal dunia akhirat. Kau merangkah la cari aku, kau bayar duit palsu. Sedar sikit ya.

"Benda ni jadi darah daging, jangan nak menipu. Aniaya orang. Orang nak dapat duit ni bukannya mudah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kedai makan tak laku, seorang pelanggan pun tiada... Hasrat wanita minta edit gambar macam gerai viral sentuh hati netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Murah sampai pelanggan takut! Peniaga warung jual makanan harga tak masuk akal, kesian dekat pelajar maahad

"Aku tak halal, yang mana tengok, yang mana dia terbayar duit palsu, tanggunglah. Aku tak halal dunia akhirat," ujarnya sambil mengoyak wang itu.

Di ruangan komen, ramai netizen turut memberi pendapat berhubung perkara itu dan berharap Kak Ji sabar dengan ujian yang menimpa.

Pada masa sama, ada yang turut bersangka baik terhadap pelanggan itu dan menyelar Kak Ji kerana berkata kesat dalam video berkenaan.

duit3

Ramai netizen turut memberi nasihat supaya dia reda dengan kejadian itu.

"Ini hal dunia semuanya. Sepatutnya akak kena reda. Lagi la mencurah rezeki kak. Allah baru uji sikit tu kak. Tahu duit susah dapat, sabar.

"Kalau si pembayar pun tak tahu tu duit palsu, macam mana?

"Anggaplah bukan rezeki kita. Halalkan saja dik. Satu suapan yang dia makan tu, kita akan mendapat pahala sebesar bukit Uhud di akhirat nanti.

"RM100 je pun nilai percakapan kita tu lebih mahal dari duit RM100. Mungkin orang tak tahu," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain