suria

Jeti roboh, pelajar terkapai-kapai dalam air... Cikgu tak fikir panjang terus terjun laut selamatkan anak didik!

Kejadian jeti roboh di Pulau Pababag, Semporna, Sabah.

LEBIH 10 orang murid sekolah rendah diselamatkan guru selepas mereka terjatuh ke dalam laut gara-gara sebuah jeti roboh.

Video kejadian tersebut mulai tular di media sosial, selepas dimuat naik oleh akaun Twitter @jonjonahah, pagi Isnin.

"Dapat daripada group WhatsApp. Kesiannya budak-budak sekolah. Semoga semuanya selamat dan baik-baik saja. Semoga Allah balas jihad mereka dengan masa depan yang baik," tulisnya mengiringi perkongsian tersebut.

Menerusi video berdurasi 1.30 minit itu, kelihatan murid-murid yang lengkap berpakaian sekolah sedang terkapai-kapai di dalam laut dan diselamatkan oleh beberapa orang guru.

Apa yang lebih menyentuh hati, ada dalam kalangan guru lelaki basah lencun kerana sanggup terjun ke laut demi menyelamatkan nyawa para pelajar.

Tiada sebarang butiran yang dikongsikan mengenai kejadian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari bandar ke pedalaman! Guru terkejut ‘mi goreng 4 pagi’ buat murid bersorak, anak petani hadiahkan timun segar

ARTIKEL BERKAITAN: Guru sanggup jadi ‘posmen’ redah arus hantar kerja sekolah, lihat reaksi muridnya boleh gugur air mata - “Saya tak pernah menyesal mengajar di pedalaman”

Namun difahamkan ia berlaku di sebuah jeti dipercayai di Pulau Pababag, Semporna, Sabah.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen dengan rata-ratanya memuji guru-guru kerana bertindak pantas demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Dalam pada itu, ramai yang memohon agar wakil rakyat atau kerajaan mengambil tindakan pantas supaya insiden yang sama tidak berulang, lebih-lebih lagi ia membabitkan soal keselamatan dan nyawa.

komen

Netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap insiden yang berlaku.

"Patut bagi pingat dekat cikgu-cikgu ni. Dengan baju kemeja, kasut bagai terjun dalam air nak selamatkan murid-murid. Entah-entah handphone beliau pun turut rosak bukan setakat kasut jer.

"Terasa sedih tengok adik pakai baju purple yang dekat atas bot tu menangis. Moga mereka dipermudahkan urusan.

"Allahu kesiannya. Kita dekat sini banyak kemudahan pun masih lagi tak bersyukur.

"Cikgu juga yang hero," demikian antara komen netizen.

Sehingga artikel ditulis, masih belum dapat dipastikan keadaan mangsa yang terjejas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain