suria

[V] Tak perlu kaya nak pergi Makkah, Allah buka rezeki... Netizen tumpang gembira bos Petronas Pendang taja pakcik Yusuf tunai umrah

Yusuf menerima hadiah pakej umrah atas kesetiaan berkhidmat selama 27 tahun.

TAHUN 2022 yang bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan sudah pasti ia meninggalkan banyak memori buat kita semua.

Tidak terkecuali tentunya seorang pekerja sebuah stesen minyak dikenali sebagai Yusuf yang dilihat tersenyum bahagia dengan rezeki terindah menjelang tahun 2023.

Menerusi satu video tular, dia yang sudah 27 tahun bekerja di stesen minyak Petronas Pendang, Kedah menerima hadiah berupa pakej umrah daripada majikannya.

"Pakej umrah 2023 untuk Yusuf yang telah berkhidmat 27 tahun di Petronas Pendang," tulis pemilik stesen minyak itu yang menggunakan nama Siti Nur di aplikasi TikTok

Dalam satu lagi video berasingan, Siti Nur berkata Yusuf menitipkan ucapan penghargaan atas sokongan para pelanggan sehingga dia berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci tidak lama lagi.

"Yusuf mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengisi minyak di Petronas Pendang kerana asbab tu la beliau berpeluang pergi ke Baitullah," tulis wanita itu lagi.

Pakcik yang dapat pergi umrah, saya yang sedih.

NETIZEN

Posting video di TikTok itu bukan sahaja meraih lebih 200,000 tontonan, malah ia turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Selain tumpang gembira dengan hadiah yang diterima Yusuf, ramai netizen turut menzahirkan sokongan buat pemilik stesen minyak itu yang disifatkan majikan terbaik.

"Saya doakan owner yang sponsor ni tak akan miskin dan boleh bawa lebih ramai orang lain jadi tetamu Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Mak nak bawa satu beg saja” - Ibu meninggal masa buat umrah, anak kongsi kebaikan arwah... paling ingat kata-kata doktor di Madinah

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tunggu ibu pulang dari umrah nak belanja ‘duit gaji kedua’, pilot call beritahu ‘mak dah meninggal’ sebaik mendarat di KLIA

"Terbaik la majikan macam ni. Semoga dimurahkan rezeki berlipat kali ganda lagi.

"Pakcik yang dapat pergi umrah, saya yang sedih. Semoga Petronas Pendang makin maju jaya. Terima kasih orang baik.

"Bolehlah kita ramai-ramai support Petronas Pendang lepas ni," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, beberapa individu yang pernah berurusan dengan Yusuf turut tampil berkongsi cerita menerusi ruangan komen.

umrah2

Netizen tumpang gembira dengan hadiah yang diterima Yusuf.

Menurut beberapa pelanggan, Yusuf bukan sahaja pekerja yang baik, malah tak pernah lekang dengan senyuman ketika bekerja.

"Betul la orang kata pergi Makkah ni bukan apabila kaya, tapi kalau Allah bukakan rezeki dia akan ke sana walau cara apa pun... Allah akan mudahkan.

"Pakcik ni duk selalu nampak. Orangnya selalu senyum.

"Pakcik ni baik, kalau pergi, dia selalu senyum.

"Orang lama shift malam. Tahniah pakcik. Suka senyum pakcik ni," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain