suria

[V] Selepas ‘curi’ keropok, Anwar ambil cekodok pula! Ramai puji lelaki ini bijak ‘umpan’ PM dengan jemput-jemput pisang untuk bergambar

Anwar Ibrahim bergambar bersama seorang lelaki sambil memegang cekodok.

SEJAK dilantik sebagai Perdana Menteri, segala tindak tanduk dan perlakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mendapat perhatian rakyat.

Bagi yang pernah bersua muka dengan figura ini, rata-rata menyifatkan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai pemimpin yang mesra dan berjiwa rakyat.

Baru-baru ini tular satu video di TikTok menunjukkan Anwar Ibrahim sedang bergambar bersama seorang lelaki selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Apa yang menarik ialah apabila Anwar dilihat mengambil sejemput kuih cekodok daripada bungkusan yang dipegang lelaki berkenaan.

Momen itu dianggap ramai sebagai sesuatu yang mencuit hati dan menjadikan ikon reformasi itu dirasai lebih dekat dengan rakyat.

Berdasarkan pemerhatian mStar di ruangan komen, rata-rata menyatakan Anwar sememangnya meminati kuih cekodok.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazar kahwin jika Anwar jadi PM, wanita dikecam sampai masuk wad sebab sokong PH... tapi syukur dah jumpa calon suami

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar lupa pakai tie? Pemuda Twitter ‘decode’ penampilan PM bersut tanpa tali leher... Kaitkan dengan korupsi geng elit!

Malah tidak kurang juga ada yang mendakwa lelaki berkenaan sengaja membawa kuih cekodok ke masjid kerana mahu 'mengumpan' Anwar untuk bergambar dengannya.

"Pakcik tu sengaja bawa cekodok nak bagi Datuk Seri Anwar ibrahim sebab itu favourite dia.

"Pakcik itu dah kaji daripada awal, pandai dia umpan... semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim diberkati hidupnya.

Lelaki yang sedang bergambar bersama Anwar dikatakan menggunakan cekodok sebagai 'umpan'.

"Alaa comel, cekodok dan Perdana Menteri berpisah tiada," kata sebilangan warga maya.

Seterusnya seorang netizen menceritakan pengalamannya apabila Anwar berkongsi cekodok bersama dia dan keluarga.

"Hari tu ada sekali ingatkan dia nak pergi ke mana sebab kami dah keluarkan phone nak selfie.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim singgah makan tengahari dan menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur 9 Disember 2022. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana MenteriNO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - SADIQ ASYRAF/Prime Minister’s Office of Malaysia

Anwar sebelum meninggalkan Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 9 Disember lalu. -SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

"Rupanya dia pergi ambil cekodok tapi untuk kami sekali pula tu," katanya terharu.

Dalam pada itu pada jurugambar Pejabat Perdana Menteri, Sadiq Asyraf turut berkongsi dua keping foto Anwar sebelum memasuki kenderaannya sebelum meninggalkan Masjid Jamek Kampung Baru di Twitter.

Dia juga akui baru menyedari Anwar memegang kuih cekodok ketika itu.

Banyak kali dah PM dikaitkan dengan makanan... Hari tu curi keropok, hari ni cekodok.

NETIZEN

"Lepas tengok video viral, baru perasan PM tengah pegang cekodok," tulisnya pada posting berkenaan yang kemudiannya menarik perhatian warga Twitter.

"This is classic! Terbaik, orang Penang saja boleh buat mcm ni.

"Next Christmas pegang gingerbread, CNY pegang oren, Diwali pegang vadai.

Anwar sempat mengambil sekeping keropok daripada seorang pemuda.

"Banyak kali dah PM dikaitkan dengan makanan. Hari tu curi keropok, hari ni cekodok," demikian komen beberapa pengguna Twitter.

Sebelum ini ketika musim berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15, Anwar mencuri tumpuan apabila dia dilihat 'mencuri' sekeping keropok daripada pinggan seorang pemuda yang sedang mengambil makanan.

Dalam video itu, Anwar dilihat sedang bergegas menuju ke destinasinya tetapi masih sempat mengambil keropok tersebut tanpa disedari pemuda berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain