suria

[V] Datuk kutip bendera PH, siap minta cucu ambil gambar! Reformis sejati bangga Anwar jadi PM... Terus ‘order’ sate bawa ke surau!

Musa sangat mengagumi perjuangan Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi.

ORANG yang setia dengan reformasi sebenar sejak 1998 sahaja yang faham perasaan apabila Anwar jadi PM!

Demikian reaksi ramai pejuang reformasi sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, 24 November lalu.

Kegembiraan itu juga dizahirkan warga emas Musa Kamos, 78, menerusi video di TikTok cucunya, Afiqah Humayraa.

Berdasarkan video berkenaan, Musa yang kelihatan baru pulang ke rumah sambil membawa bendera Pakatan Harapan meminta cucunya mengambil gambarnya sebaik diberitahu Anwar dilantik ke jawatan itu.

Menurut Afiqah, 18, ketika itu datuknya baharu sahaja pulang daripada menunaikan solat Zohor di surau berdekatan.

“Saya dan keluarga berada di rumah masa pengumuman pelantikan tu. Kami dapat tahu tu melalui Twitter.

“‘Masa tu atuk belum tahu sebab dia masih di surau. Jadi saja nak rakam reaksi atuk lepas saya beritahu fasal berita ni.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pilot dapat berita Anwar jadi PM di ruang udara Laut Andaman... Terus ajak isteri ‘celebrate’ makan sate dalam flight!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Salah team ke apa ni?” - Bendera PH berkibar di Piala Dunia Qatar, lelaki India ini siap pakai veshti tengok bola!

“Tak sangka pula masa dia balik tu dia sempat kutip bendera PH, sebab tu nampak dia pegang bendera tu,” ujar Afiqah kepada mStar.

Bercerita lanjut, Afiqah yang pertama kali menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi berkata dia sekeluarga resah menanti siapa bakal menjadi PM10 susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November lalu.

Katanya yang menetap di Hulu Selangor, datuknya sudah pasti menjadi orang yang paling berharap agar keputusan berpihak kepada Anwar.

Musa kini berusia 78 tahun.

“Saya risau juga andai kata Anwar kalah. Sebelum pengumuman dibuat, atuk takut untuk menerima keputusan sebab dia mengharapkan sangat Anwar jadi PM kita pada pilihan raya kali ni.

“Mujurlah impian dia selama 24 tahun akhirnya jadi realiti kali ini,” katanya lagi.

Jelas Afiqah, rasa syukur dan terharu ini dizahirkan oleh atok kerana dia merupakan seorang penyokong tegar Anwar Ibrahim sejak zaman reformasi lagi.

“Lepas dapat tahu Anwar menang, dia terus tempah sate untuk buat tahlil malam tu.

Sebelum pengumuman dibuat, atuk takut nak terima keputusan sebab dia mengharapkan sangat Anwar jadi PM kita.

AFIQAH

“Sebelum tu atuk memang dah bernazar kalau PM kita yang ke-10 tu Anwar, dia nak sedekah makan dekat surau,” jelasnya lagi.

Imbas Afiqah, datuknya ini sering kali menghadirkan diri ke ceramah-ceramah diadakan oleh ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai tanda sokongannya.

“Atuk pernah hantar saya pergi ke ceramah Anwar di Hulu Selangor.

“Tahun ni dia tak dapat pergi macam sebelum ni sebab waktu tu dia tak berapa sihat. Jadi dia hantar saya dan ibu saja pergi.

"Dulu atuk pernah jumpa Anwar secara berdepan. Masa tu kenduri anak saudara dia dekat Melaka,” ujar gadis ini lagi.

Rakaman datuk Afiqah yang terlalu gembira dengan berita itu sehingga tidak sempat menanggalkan topi keledar setelah mendapat perkhabaran ini meraih perhatian warga maya.

Afiqah dan datuknya, Musa.

Rata-ratanya turut berkongsi rasa senang hati dengan keputusan dibuat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Ahli Parlimen Tambun sebagai PM10.

“Sejujurnya, saya tidak menyangka video saya tu mendapat views yang tinggi di TikTok.

“Lepas video tu viral, ramai yang bagi komen positif. Apabila tunjuk dekat atuk, dia sangat gembira kerana ramai yang mendoakan kesihatannya dan masih menyokong perjuangan Anwar,” katanya menutupi kisah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain