suria

[V] Cintakan haiwan eksotik, ulat beluncas dibuat pin tudung! Paling lawak ada yang sangka gadis ini pakai earpod

Syazlin menunjukkan ulat beluncas yang dijadikan sebagai hiasan pada tudung.

SEBUT sahaja ulat, pasti ada yang geli atau takut untuk memegang haiwan tersebut.

Namun bagi seorang gadis, menjadikan ulat sebagai 'aksesori' tudungnya merupakan perkara biasa.

"Cantik tak pin tudung baharu saya?" katanya.

Aksi gadis tersebut yang begitu teruja memegang ulat beluncas menerusi perkongsian video di laman sosial mengejutkan ramai.

"Dia pegang macam tu je?" komen netizen.

pin tudung ulat 3

Syazlin menganggap ulat beluncas sebagai haiwan yang comel.

Gadis berkenaan, Syazlin Hafisya Mohammad Hasni berkata, kisah ulat beluncas bermula apabila keluarganya menanam pokok-pokok bunga di hadapan rumah di Kulim, Kedah.

Lebih mesra disapa Syazlin, katanya, suatu hari dia berasa pelik apabila daun-daun pada pokok bunganya seperti digunting seseorang.

"Saya tengok ada kesan gunting. Tapi rupa-rupanya kesan gigitan ulat beluncas, mulanya tak nampak sebab apabila ulat tu menetas dari telur, ia sebesar butir beras.

"Selepas seminggu, barulah saiznya makin besar dan lebih banyak. Sekali kutip boleh cecah 30 ekor ulat beluncas. Kalau tak kutip, habis rosak pokok bunga.

"Saya jadikannya makanan kepada haiwan eksotik yang dibela iaitu Bearded Dragon, Sailfin Dragon dan Chameleon," katanya kepada mStar.

pin tudung ulat 4

Kiri Syazlin membela Bearded Dragon dan kanan Chameleon.

Gadis berusia 21 tahun itu memberitahu keluarganya memperoleh lesen untuk memelihara haiwan eksotik dan permit bagi mengadakan pameran bergerak daripada Jabatan Perhilitan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini pakai turban, mafla ular sawa, tidur dengan iguana... tak geli tapi terapi! - "Bela haiwan eksotik orang takut nak curi"

ARTIKEL BERKAITAN: "Puas jumpa yang macam ni" - Gadis teruja dapat pegang ulat gonggok panjang dan besar, tapi fobia dengan haiwan 'hitam dan kotor'

Antara haiwan eksotik yang dibela keluarganya adalah iguana, ular sawa, musang, ferret dan skunk (spesis musang), sugar glider (spesis tupai) serta kura-kura sulcata tortoise.

pin tudung ulat 2

Haiwan eksotik peliharaan keluarganya yang makan ulat beluncas.

Mengenai fesyen 'pin tudung' ulat, Syazlin berkata, ia dilakukan sekadar suka-suka untuk menarik perhatian para pengunjung ketika melakukan pameran bergerak dan mini zoo.

"Bila kutip banyak ulat beluncas ni nampak comel, badannya lembut. Ini menyebabkan saya suka bermain dengan ulat-ulat ini.

Ulat beluncas ni nampak comel, badannya lembut.

SYAZLIN

"Kiranya trend terbaharu pin tudung. Saya pernah letak ulat-ulat ini di tudung semasa berada di luar, terutama buat event dan mini zoo, paling lama di tudung selama 40 minit," ujarnya.

Berkongsi cerita, anak tunggal ini berkata, dia pernah ditegur oleh seorang pengunjung sewaktu mengadakan zoo mini dalam satu majlis.

pin tudung ulat 5

Syazlin bersama haiwan eksotik Sailfin Dragon.

"Dia tanya kat mana saya beli aksesori earpod sebab nampak cantik dan lain daripada yang lain. Saya kata itu bukan earpod, tapi ulat beluncas.

"Kelakar sebab asalnya saya nak acah-acah jadikan ulat beluncas ni sebagai pin tudung, tapi ada yang sangka earpod pula. Saya pun tak terfikir macam tu," tambahnya.

Syazlin yang kini menumpukan bisnes zoo mini pernah tular gayanya memakai 'turban' dan 'mafla' daripada ular sawa, selain tidur bersama iguana.

"Turban dah ada, mafla pun sudah. Sekarang pin tudung... selepas ini kena cari gaya fesyen lain pula," ujarnya secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain