suria

[V] Pilot dapat berita Anwar jadi PM di ruang udara Laut Andaman... Terus ajak isteri ‘celebrate’ makan sate dalam flight!

Pasangan ini menyambut berita pengumuman PM10 ketika penerbangan pulang dari India.

CERITA tentang pembentukan kerajaan yang baharu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terus mendapat perhatian warga maya.

Pelbagai cara dizahirkan bagi menyatakan rasa gembira dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 (PM10) yang dapat kita saksikan di media sosial.

Begitu juga halnya bagi Nur Hazreen Mohd Ramzi yang meraikan detik bersejarah itu bersama suaminya Muhammad Afiq Faisal Shamsuri ketika dalam penerbangan dari India ke Malaysia.

"Suami saya ada night stop tiga hari dekat Delhi jadi dia ajak ikut bersama. Biasanya jarang saya ikut tambah-tambah lagi kalau penerbangan ke luar negara. Tapi kalini saya ikut suami ke India.

"Masa tu Malaysia tak ada PM lagi. Jadi suami masih tak senang duduk selagi belum tahu siapa PM baharu.

"Sehinggakan masa dalam perjalanan balik masih tak ada keputusan. Saya minta supaya dia bersabar," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian rakyat Malaysia berakhir... Anwar Ibrahim PM kita!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki rungkai mesej tersirat nasi ayam goreng kunyit pemberian Anwar, macam Sherlock Holmes - “Dahsyat gila decode!”

Akhirnya penantian mereka berakhir apabila diberitahu bahawa Anwar dilantik sebagai PM10.

Namun uniknya berita itu diterima melalui sistem pautan data digital untuk penghantaran mesej ringkas antara pesawat.

Khabar gembira itu disambut Reen dan suaminya yang merupakan juruterbang sebuah syarikat penerbangan serta anak kapal yang lain di dalam pesawat ketika mereka melintasi ruang udara Andaman Sea, Myanmar.

Andai kata kepimpinan dia (Anwar) dalam masa lima tahun ni tak elok, nanti kita undi lain... itulah demokrasi.

NUR HAZREEN

"Kami tak jangka pula akan dapat keputusan masa dalam flight. Suami ada bertanya beberapa controllers Pusat Dispatch Operasi (ODC) yang jaga laluan udara menggunakan ACARS (alat komunikasi dan sistem pelaporan tentang kondisi pesawat).

"Salah seorang daripada mereka membalas dengan PM10 - DSAI.

"Waktu tu suami saya tengah rehat untuk ke tandas, dia setkan mod auto pilot. Lepas dapat tahu tu terus dia beritahu saya juga. Dia tunjuk video rakaman yang dia tanya ODC tu.

Reen dan suami ketika berada di India.

"Kami pun sambut kegembiraan tu dengan makan sate dalam flight. Saya tengok muka suami ceria betul sampai tak boleh sorok," imbasnya yang sudah berumah tangga lebih tiga tahun.

Tambah Reen yang merupakan pembekal dan pengimport kosmetik jenama sendiri, dia tidak menyangka perkongsian di TikTok mendapat perhatian netizen sehingga meraih lebih 263,000 tontonan.

"Kami memang mengharapkan DSAI jadi PM sebab nak tengok minyak turun esoknya!

"Bagi saya, Anwar memang layak diberi peluang menjadi PM. Kita selalu dengar tentang dia sejak saya kecil lagi. Perjuangan, reformasi, anugerah dan ujian dia tapi kita tak pernah rasa dan tahu kepimpinan dia sebagai PM.

"Five years won't hurt. Andai kata kepimpinan dia dalam masa lima tahun ni tak elok, nanti kita undi lain... itulah demokrasi," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain