suria

[V] “Salah team ke apa ni?” - Bendera PH berkibar di Piala Dunia Qatar, lelaki India ini siap pakai veshti tengok bola!

Lelaki ini berbangga dengan kemenangan parti politik yang disokongnya.

PENANTIAN itu satu penyeksaan kepada mereka yang sedang mengharap.

Maka tidak hairanlah apabila tibanya hari yang ditunggu-tunggu, pasti riuh sekampung mencanangkan kisah yang akhirnya berjaya dinoktahkan.

Begitulah mungkin apa yang dirasai lelaki berbangsa India ini apabila dia mengibarkan bendera Pakatan Harapan (PH) dengan penuh rasa bangga di khalayak ramai.

Menariknya, melalui video yang tular di laman Twitter itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Qatar ketika perlawanan Brazil menentang Serbia dalam saingan Piala Dunia 2022 pada Khamis.

"Lelaki ini menonton perlawanan Brazil dengan memakai veshti!" demikian tulis pemilik akaun Twitter @devprasad888 mengiringi video berkenaan.

Walaupun lelaki itu berkobar-kobar untuk memartabatkan parti politik yang disokongnya, penonton di situ kelihatan tidak memahami mesej yang cuba disampaikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali siapa Anwar Ibrahim... Ini fakta yang anda perlu tahu tentang PM Ke-10

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian rakyat Malaysia berakhir... Anwar Ibrahim PM kita!

Namun begitulah reaksi sebilangan besar rakyat Malaysia selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November lalu.

Mereka menunjukkan rasa gembira dengan pelbagai cara tanpa mengira tempat dan masa.

New Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived and clock in at PMO office to clock in first day .Picture countesy by Information Department

Anwar kini Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Seperti lelaki ini, dia begitu bangga mengibarkan bendera PH di Stadium Lusail di Qatar yang menyaksikan Brazil menang 2-0 ke atas Serbia hasil cetakan gol Richarlison pada minit ke-62 dan ke-73.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, seorang pelayar dengan nama akaun @SamuelManokaran mengakui lelaki dalam video berkenaan adalah abang sepupunya.

"Dia adalah abang sepupu saya. Saya baru dapat tahu tadi dia sedang berada di Qatar," tulisnya.

Lelaki ini tebal muka untuk bertindak mengangkat bendera parti politik di dalam stadium.

Pemilik video itu kemudiannya membalas dengan mengatakan dia berbangga akan keberanian yang ditunjukkan abang sepupunya.

"Dia seorang perwira bro, You Never Walk Alone (YNWA)," katanya yang juga merupakan penyokong Liverpool.

Warga maya yang lain turut menzahirkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan lelaki itu.

"Wow, Pakatan Harapan di Piala Dunia Qatar. Dia mesti sangat berbangsa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-10," ujarnya.

Antara ciapan balas warga maya.

Tidak ketinggalan juga ada yang sempat berjenaka dengan gelagat lelaki berkenaan.

"Orang sebelah dia mesti tertanya-tanya kumpulan mana pasukan Harapan ni masuk dalam Piala Dunia.

"Yang tak tau, pelik je. Salah team ke apa ni? Dia salah stadium ke macam mana ni?

"Orang semua mesti tertanya-tanya apa Harapan ni sebenarnya," kata netizen dalam nada gurauan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain