suria

[V] Biadab! Pelajar tendang nenek tepi jalan sampai jatuh, kemudian ramai-ramai ketawa... rupanya pernah kena pukul dengan kayu

Seorang wanita warga emas jatuh selepas ditendang sekumpulan pelajar.

BIADAB! Begitulah gambaran yang boleh diberikan terhadap sekumpulan pelajar yang menjadikan seorang nenek sebagai mangsa buli mereka.

Menerusi video yang tular di media sosial, seorang warga emas yang sedang berjalan di tepi jalan didekati oleh sekurang-kurangnya enam pemuda yang menaiki motosikal.

Kebanyakan mereka masih memakai pakaian seragam sekolah ketika kejadian.

Salah seorang daripada pelajar yang membonceng motosikal menadah tangan di hadapan wanita itu seperti meminta sesuatu.

Warga emas itu membawa beberapa bungkusan plastik, dipercayai mengandungi makanan.

Bagaimanapun, salah seorang daripada pelajar secara tiba-tiba meluru ke arah wanita itu dan menendangnya sehingga dia terjatuh di tepi jalan.

Lebih menyedihkan apabila tindakan itu hanya dibiarkan oleh rakan-rakan lain yang mentertawakan nenek berkenaan.

nenek kena tendang 1

Sekumpulan pelajar yang menunggang motosikal mendekati warga emas di tepi jalan.

Wanita itu kemudian bangun dan berjalan kaki meninggalkan lokasi kejadian, manakala kumpulan tersebut tanpa rasa bersalah meneruskan perjalanan beramai-ramai.

"Tiba-tiba kau datang tendang makcik tu dah kenapa? Apa salah dia," demikian ciapan di laman Twitter Malayiavirall.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda lanyak pakcik di tengah jalan, peguam kongsi bahana sikap panas baran sebagai pengajaran... tak pasal-pasal berdepan tuduhan jenayah

ARTIKEL BERKAITAN: Tanya soalan buat pemandu Grab 'naik hantu' tumbuk, ludah wanita warga emas... "Sampai hati dia pukul syurga saya"

Video berdurasi 13 saat itu mengundang kemarahan ramai yang menyifatkan tindakan kumpulan pelajar tersebut sebagai tidak mempunyai adab.

nenek kena tendang 4

Sekumpulan pelajar hanya mentertawakan warga emas berkenaan.

"Jahatnya!

"Kasihan eh tak ada otak. Baju macam baju sekolah dah tapi tak ada otak. Oh ponteng sekolah ye.

"Dia tak boleh bayangkan ke kalau tu mak dia?

"Anak-anak sekarang sangat memerlukan pendidikan moral," demikian antara komen netizen.

Dia tak boleh bayangkan ke kalau tu mak dia?

NETIZEN

Dilaporkan, kejadian itu sebenarnya berlaku di Sumatera Utara, Indonesia.

Menurut laporan Detik.com, Ketua Polis Tapanuli Selatan, AKPB Imam Zamroni berkata, pihaknya menahan enam pelajar yang terlibat dalam kejadian itu susulan video yang tular pada Sabtu.

nenek kena tendang 2

Enam pelajar yang ditahan. foto Polis Tapanuli Selatan

Menurut Imam, terdapat dua insiden membabitkan wanita yang sama apabila empat individu memukulnya, manakala seorang lagi menendang mangsa.

"Enam orang (ditahan), dalam video menendang ada lima kelihatan dalam video... pukul dengan kayu terdapat empat pelaku dalam video tetapi jika digabungkan hanya enam pelaku daripada dua kejadian itu," Imam dipetik sebagai berkata menerusi laporan detikSumut.

"Pelakunya masih pelajar, mereka berusia antara 15 hingga 16 tahun, dan pelaku masih menjalankan pendidikan vokasional," kata Imam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain