suria

[V] Uncle Cina Kelantan pesan beri wala’ kepimpinan ulama, janji undi PAS dalam PRU15 - “Kita kena istiqamah!”

Dia bukan sahaja menyokong PAS, malah turut mendakwa faham mengenai dasar parti itu.

KEHANGATAN Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jelas dapat disaksikan menerusi perkongsian pelbagai foto video oleh netizen menerusi media sosial.

Turut mencuri tumpuan tentunya video seorang lelaki berbangsa Cina menyuarakan sokongannya buat PAS di negeri Kelantan.

"Beritahu kepada puak kita dan orang lain juga, saya ni dah lama duduk dalam PAS. Tak perlu bimbang, tak perlu lari.

"Saya nak cakap kepada pengundi muda-muda umur 18, ikut saya. Saya orang Cina pangkah PAS. Orang Melayu nak pangkah (parti) lain tak sesuai la," ujar lelaki berusia itu.

Dalam video sama, dia turut menyeru orang ramai untuk mencarinya sekiranya mereka memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan parti Islam berkenaan.

"Kalau tak faham, datang cari saya. Saya nak terangkan apa dia PAS ni. Datang tanya saya, saya boleh beritahu. Saya duduk di bawah Tok Guru Nik Aziz (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dekat 20 tahun dah.

Dasar perjuangan PAS ni kita kena wala' (kecintaan dan kesetiaan) kepada pemimpin... kena istiqamah, baru boleh berjuang.

UNCLE VIRAL

"Datang tanya saya. Saya tahu dasar-dasar PAS, perjuangan PAS. Dasar perjuangan PAS ni kita kena wala' (kecintaan dan kesetiaan) kepada pemimpin. Kita kena istiqamah, baru boleh berjuang.

"Kalau tak ada dua perkara tu, tak boleh berjuang kita. Sekian terima kasih," ujarnya yang selamba memakai singlet putih dan kain pelikat biru.

Dalam video tular itu, dia turut memegang poster Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim yang menjadi calon kerusi Parlimen Kubang Kerian.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak fokus dengar ceramah, ramai ‘cair’ tengok bodyguard Anwar... Netizen kata macam Irwansyah, garang tapi kacak!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jejaka sado iringi Syed Saddiq curi tumpuan... ada kata YB pandai pilih bodyguard kacak, siapa pemuda ini sebenarnya?

Malah dia turut menyuarakan hasratnya untuk mengundi calon PAS menerusi PRU15 yang akan diadakan pada Sabtu.

Video lelaki itu yang dikongsi menerusi TikTok meraih lebih setengah juta tontonan.

Malah, ia turut dihujani banyak komen netizen yang rata-ratanya kagum dengan kepetahannya bertutur dalam dialek Kelantan.

file700r43zd6o61f1i9jff3

Lelaki Cina itu menyuarakan hasrat untuk mengundi PAS pada Sabtu.

"14 tahun saya duduk Kelantan. Tak boleh lawan dialek Kelantan dengan uncle ni.

"Kemas uncle. Saya dari P024 Kubang Kerian juga. Balik undi PAS.

"InsyaAllah moga perjuangan para ulama mendapat berkat dan kemenangan boleh perintah Malaysia.

"Kemas. Jatuh air mata ambo (saya) tengok video ni," tulis beberapa pelayar TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain