suria

[V] Jejaka sado iringi Syed Saddiq curi tumpuan... ada kata YB pandai pilih bodyguard kacak, siapa pemuda ini sebenarnya?

Jejaka mengiringi Syed Saddiq mencuri perhatian ramai.

PRESIDEN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara figura yang menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiap gerak-geri beliau ke mana sahaja sepanjang tempoh berkempen sentiasa diperhatikan, termasuklah stail dan pemakaiannya.

Malah senyuman manis calon Parlimen Muar itu turut menjadi perhatian para pengikutnya.

Dalam kesibukan berkempen, individu yang bersama Syed Saddiq turut terkena tempias.

Terbaharu, tular video yang menunjukkan beliau menghadiri satu majlis dengan sorakan orang ramai.

Kelihatan Syed Saddiq seperti biasa cukup mesra dengan rakyat sambil bersalam dan melambai tangan.

bodyguard syed saddiq 5

Syed Saddiq (kiri) bersama Farhan. foto lamkanahraf_

Menerusi perkongsian video berdurasi 20 saat, seorang jejaka berbadan sasa yang dilihat mengiring bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagaimanapun mencuri perhatian.

Individu yang dikatakan sebagai pengawal peribadi Syed Saddiq menjadi bualan netizen kerana dipuji kacak.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hati gadis ini berbunga-bunga KJ ingat nama! Terkejut pertemuan 6 tahun lalu segar dalam ingatan... "Patutlah dapat study dekat Oxford"

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sempoi! Nurulhidayah rancak berkempen dengan menyanyi, angkut 'speaker RM150' hiburkan pengundi - "Saya ada single, orang je tak tahu"

Malah, ada yang berpandangan wajah jejaka tampan itu mirip dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

"Pandai Syed Saddiq pilih bodyguard.

bodyguard syed saddiq 2

Antara komen netizen.

"Muka bodyguard dia macam iras-iras Syamsul Yusof.

"Handsome bodyguard.

"Fuyoo bodyguard dia elok doh.

"Macam pelakon Bollywood.

bodyguard syed saddiq 7

Farhan (kanan) sering dlihat bersama Syed Saddiq (tengah). foto lamkanahraf_

"Wow, dua-dua kacak.

"Ada lagi tak bodyguard macam tu? Rasa macam perlukan bodyguard jugalah. Tapi itulah, bukan YB (Yang Berhormat)," demikian antara komen netizen.

Video yang dimuat naik menerusi TikTok @zulkapan14 meraih lebih 200,000 tontonan.

bodyguard syed saddiq 3

Farhan (dua, kanan) menjulang Syed Saddiq pada Hari Penamaan Calon PRU15. foto lamkanahraf_

Siapa sangka 'bodyguard' yang lebih dikenali sebagai Farhan Iqbal sebenarnya merupakan setiausaha akhbar kepada Syed Saddiq.

"Saya sebenarnya press secretary (setiausaha akhbar) Syed Saddiq. Tapi itulah, ada tugasan jaga dia juga. Itu yang orang fikir macam tu kot (bodyguard).

"Saya tahu (viral) apabila kawan-kawan forward (video). Terkejut, saya memang tak sangka.

"Dan tak terfikir jadi macam tu. Sebab saya bertugas kan," kata pemuda berusia 30 tahun itu ketika dihubungi mStar.

bodyguard syed saddiq 6

Farhan berpengalaman dalam bidang perakaunan dan fotografi. foto lamkanahraf_

Berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur, Farhan yang mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan juga berpengalaman sebagai jurugambar sambilan selama enam tahun.

Menurut Farhan, dia amat terharu dengan komen-komen dan pujian netizen terhadapnya termasuk dikatakan seperti pelakon Bollywood dan mirip Syamsul Yusof.

"Saya terharu, memang tak sangka. Terima kasih kepada yang memberi komen," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain