suria

Disney: Tiada rancangan bina Disneyland di Melaka

Tiada rancangan untuk membina Disneyland di Melaka. foto AFP

TIADA rancangan untuk membina taman tema Disneyland di Melaka.

Perkara itu disahkan oleh pegawai Disney kepada wartawan CNN, Heather Chen, yang menghubungi pihak berkenaan selepas exco negeri Melaka mengumumkan pembukaan taman tema itu menjelang 2027.

Terdahulu, Chen menerusi ciapannya di laman Twitter mengenai penjelasan asal yang dia terimanya daripada Disney, tetapi memadamkannya tidak lama selepas itu atas arahan Disney.

Dia kemudian memuat naik tweet baharu yang menjelaskan situasi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan kata Superman juga datang ke Melaka, isu Disneyland bakal dibina dikritik

"Tweet saya kini telah dipadamkan atas arahan Disney.

"Tetapi penjelasan asal yang saya buat daripada perkara itu dan laporan masih kekal.

"Tiada rancangan rasmi untuk taman tema Disney di Melaka, laporan awal adalah spekulatif dan maklumat yang tidak tepat semata-mata," tulisnya di Twitter.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis, pada Rabu memberitahu pemberita bahawa taman tema itu akan menjadi yang pertama di Asean, selepas di China, Eropah dan Jepun.

Menurut News Straits Times, taman tema Disneyland dan Disney City akan dibina di atas tanah seluas 80.9 hektar di Jasin.

Menurut Melaka Hari ini, pembinaan itu dianggarkan menelan belanja kira-kira RM2 bilion. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain