suria

[V] Tak fokus dengar ceramah, ramai ‘cair’ tengok bodyguard Anwar... Netizen kata macam Irwansyah, garang tapi kacak!

Pengawal peribadi Anwar tular di Twitter.

KELIBAT seorang jejaka berbadan tegap yang setia berdiri di tepi pentas ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap hangat menjadi perbualan netizen.

Menerusi foto tular yang dikongsi, seorang inividu bertanya mengenai identiti jejaka itu sehingga posting Twitter berkenaan meraih perhatian ramai.

"Who is this guy?" soal pemilik akaun Twitter @khalidkarim.

Di ruangan balas posting itu, ramai netizen turut meninggalkan komen, menyatakan bahawa lelaki berkenaan merupakan pengawal peribadi Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

"Bodyguard Datuk Seri tu. Semalam sempat selfie dengan dia di Ampang," jawab @inshaliza sambil menyertakan sekeping swafoto bersama pemuda kacak itu.

Menurut seorang lagi netizen, lelaki itu sudah lama berkhidmat dengan Anwar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jejaka sado iringi Syed Saddiq curi tumpuan... ada kata YB pandai pilih bodyguard kacak, siapa pemuda ini sebenarnya?

"Akhirnya ada orang yang perasan lelaki ikonik ini. Dia dah lama setia jadi pengawal peribadi Anwar. Ada lagi sorang ni sama dengan dia.

"Sebelah kanan DSAI tu. Dua-dua pengawal peribadi ni dah lama dengan DSAI," tulis @nayahahmad_ pula.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memuji rupa paras lelaki tersebut yang disifatkan mirip penyanyi Indonesia, Irwansyah.

anwar2

Antara foto pemuda itu yang dikongsi netizen.

"Bodyguard Anwar ni scary juga orangnya walaupun muka macam Irwansyah ya.

"Kalau anda nak sentiasa tengok bodyguard helok ni, undilah boss dia as perdana menteri.

"Alamak, terkenal pula bodyguard ni. Bodyguard lagi glamour daripada bos," tulis beberapa netizen.

Pada Khamis, mStar turut melaporkan kisah seorang pemuda kacak dan saya yang didakwa sebagai pengawal peribadi Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Namun, pemuda dikenali sebagai Farhan Iqbal yang disangka bodyguard itu sebenarnya merupakan setiausaha akhbar kepada Syed Saddiq.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain