suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jom undi! Prasarana tawar tambang percuma semua perkhidmatan rel, bas esok

Tambang percuma diumumkan untuk pengangkutan awam di bawah kendalian Prasarana. AZMAN GHANI/The Star

BERITA baik untuk pengundi yang akan keluar mengundi esok!

Prasarana Malaysia Berhad mengumumkan tambang percuma sepanjang Sabtu, 19 November bagi kesemua perkhidmatan di bawah kendaliannya.

Ia merangkumi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi LRT, MRT, Monorel, BRT atau bas henti-henti.

Pengguna pas perjalanan tanpa had My50 boleh menggunakan pas seperti biasa manakala Pengguna kad Touch ‘n Go pula boleh meggunakan kad tanpa sebarang caj.

Bagi pengguna token, mereka perlu ke pejabat khidmat pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT berdekatan untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala.

Pengguna Rapid Bus di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuantan (termasuk bas perantara MRT) tidak perlu menyentuh kad di mesin pengimbas apabila menaiki ataupun turun daripada bas.

Prasarana berkata inisiatif yang dibuat ini adalah untuk memudahkan orang ramai keluar mengundi demi menjalankan tanggungjawab dan hak sebagai rakyat Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain