suria

[V] Pelik, seorang ‘akak’ dibenar buat ‘bisnes’ bantu orang awam renew pasport online! Klik, klik... minta bayar RM100

Seorang wanita mendakwa pihak ketiga mengenakan caj untuk permohonan memperbaharui pasport.

RAMAI yang mahu menghabiskan cuti akhir tahun dan cuti persekolahan tidak lama lagi dengan berkunjung ke luar negara.

Maka ramailah yang mengambil peluang untuk memohon pasport atau memperbaharui dokumen perjalanan itu sebagai persediaan untuk melancong.

Umum mengetahui kini urusan memperbaharui pasport perlu dibuat secara dalam talian melalui Permohonan Pembaharuan Pasport (MyOnline Passport), kecuali kes tertentu seperti pemohon mempunyai masalah cap jari yang memerlukan mereka hadir ke pejabat imigresen.

Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila timbul dakwaan terdapat pihak ketiga yang mengenakan caj bagi pemohon yang mahu mendapatkan servis memperbaharui pasport mereka secara dalam talian.

Menerusi satu video yang tular di laman TikTok, seorang wanita mendakwa kejadian berlaku di pejabat pasport di UTC Pudu Sentral, Kuala Lumpur pada Isnin, 7 November.

Wanita berkenaan memberitahu mahu memperbaharui pasport, namun petugas di cawangan itu memaklumkan permohonan tersebut hanya boleh dilakukan secara dalam talian.

pihak ketiga pasport 4 THOMAS YONG

Orang ramai beratur di pejabat imigresen. gambar fail/ foto THOMAS YONG/The Star

"Kenapa aku tak buat online? Sebab member aku dah 'terkena' dia buat online bahawa permohonan lagi lama apabila ada masalah.

"Sebelah kaunter imigresen dekat hujung ada satu meja kecil yang ada laptop dengan seorang perempuan.

"Akak dekat meja tu boleh bantu kita untuk buat permohonan. Aku pun beraturlah, depan aku ada perempuan Cina, bila dah nak settle, akak tu minta RM100.

"Selepas itu dia cakap 'tadi saya sudah bayar RM400'. Akak tu jawab 'RM400 tadi untuk pasport, RM100 ni untuk servis'," katanya yang mendakwa wanita itu merupakan petugas dari kelab berkaitan imigresen.

Dakwanya lagi, pemohon itu membuat bayaran RM100 tanpa diberikan resit.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "OK saya potonglah" - 'Drama' di kaunter imigresen! Bulu mata panjang sangat, wanita gunting 'extension' demi pasport

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini kongsi pengalaman 'renew' pasport, boleh dapat dalam masa 40 minit selepas lulus

"Aku dengar RM100 setakat klik, klik, klik macam tu je, tak berbaloi nak bayar. Tapi aku tanya jugalah, Akak, RM100 tu untuk apa?

"Dia jawab 'RM100 ni untuk kita (bantu) buat online application. Tapi kalau you pakai akaun sendiri (bayar) RM40, kalau pakai akaun kita RM60. Kalau ambil gambar RM30',” katanya, mengimbas kembali perbualan bersama wanita berkenaan.

pihak ketiga pasport 8 lim Beng Tatt

Ramai memperbaharui pasport untuk ke luar negara. foto LIM BENG TATT/The Star

Menurut wanita itu lagi, dia membuat keputusan untuk memperbaharui pasport menggunakan telefon bimbit tapi mengalami masalah berkaitan dengan gambar pasport.

Malah katanya, isu sama tetap berlaku meskipun menggunakan komputer riba untuk membuat permohonan tersebut.

Menerusi video berasingan, wanita itu mempersoalkan bagaaimana urusan pasport yang disediakan oleh agensi kerajaan iaitu Jabatan Imigresen boleh membenarkan pihak ketiga untuk melakukan servis yang dakwanya disebabkan sistem yang sering bermasalah.

"Lebih buruk apabila pihak ketiga ini boleh beroperasi di dalam ofis Imigresen sendiri. Anda terfikir tak kena beri maklumat peribadi terutama nombor kad pengenalan kepada pihak ketiga. Bukan isu nak tutup periuk nasi atau nak buat fitnah," katanya.

Jelasnya lagi, agensi-agensi kerajaan lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut menyediakan sistem dalam talian.

"Berapa banyak komputer dekat ofis mereka, siap ada pegawai lagi standby kat situ untuk kita tanya macam mana nak buat (urusan).

"Jadi, kenapa Imigresen tak boleh buat benda yang sama? Dah tahu sistem tu ada masalah, boleh pula outsource benda ni kat pihak ketiga untuk proses kita punya maklumat peribadi.

"Aku berharap pihak berwajib menjalankan siasatan,” katanya sambil menambah telah membuat aduan kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

pihak ketiga pasport 6

Wanita itu memberitahu telah membuat aduan kepada SISPAA.

Susulan dakwaan itu, Jabatan Imigresen menegaskan bahawa ia tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga, syarikat atau orang perseorangan bagi menawarkan perkhidmatan permohonan pasport secara dalam talian dan mengenakan bayaran atas perkhidmatan tersebut.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, jabatan itu menjalankan siasatan dan tindakan telah diambil kepada pihak ketiga tersebut.

"Hasil semakan mendapati kebenaran hanya diberikan bagi menjalankan perkhidmatan mengambil gambar dan fotostat dokumen sahaja.

Hasil semakan mendapati kebenaran hanya diberikan bagi menjalankan perkhidmatan mengambil gambar dan fotostat dokumen sahaja.

DATUK SERI KHAIRUL DZAIMEE DAUD

"Sehubungan dengan itu, jabatan ini telah menarik balik kebenaran tersebut bagi mengelakkan sebarang salah faham dengan orang ramai yang datang berurusan.

"Jabatan ini turut mengarahkan pihak ketiga ini untuk memberhentikan semua perkhidmatan secara serta-merta dan mengosongkan ruang kerja di Pejabat lmigresen UTC Pudu sebelum 18 November (Jumaat)," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.

kenyataan JIM

Kenyataan Jabatan Imigresen.

Sehubungan itu, Khairul Dzaimee meminta orang ramai supaya sentiasa cakna dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk menerima sebarang perkhidmatan lmigresen daripada pihak selain daripada Jabatan Imigresen.

Maklumat lanjut berkenaan permohonan pasport secara dalam talian boleh didapati dengan melayari laman web rasmi www.imi.gov.my dan mengikut akaun media sosial rasmi jabatan itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain