suria

Menantu geram perangai mentua, tiba-tiba sampai depan rumah! Isteri mengadu penat, suami pula tak ‘backup’

Pengadu berang keluarga mentua datang ke rumah tanpa diundang. (Gambar Hiasan)

PERKAHWINAN bukanlah sekadar penyatuan dua jiwa, sebaliknya ia menghubungkan silaturrahim dua keluarga.

Sejurus melangkah ke fasa itu, pasangan pengantin pastinya akan pastinya berdepan pelbagai cabaran untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mentua.

Terbaharu, seorang wanita berkongsi luahan hatinya yang kurang senang dengan sikap keluarga mentua kerana sering mencabar kesabarannya.

690860

Netizen di Twitter turut berkongsi pengalaman sama yang berlaku kepada mereka. (Gambar Hiasan)

Menurut pengadu, dia berang apabila keluarga mentua terlalu kerap datang secara mengejut, malah mereka juga gemar bermalam di kediamannya.

"Sekadar nak kongsi mengenai keluarga mentua yang suka datang rumah tiba-tiba. Bayangkan tengah ada urusan kat luar, tiba-tiba dapat panggilan mentua dah sampai depan rumah.

"Anda rasa? 'Angin' tak orang datang rumah kita tiba-tiba tak maklumkan awal? Datang ramai pula tu, lepas tu bermalam sekali. Janganlah macam tu. Tak baik," ujarnya.

Bayangkan tengah ada urusan kat luar, tiba-tiba dapat panggilan mentua dan sampai depan rumah.

PENGADU

Menurut pengadu, dia turut meluahkan isi hatinya kepada suami, namun seolah-olah dipersalahkan dan dianggap tidak menyukai keluarga mentua.

"Saya dah cakap benda ni dekat suami tapi dia sendiri tak boleh nasihat mak ayah dia. Saya jadi tiada mood apabila selalu kena macam ni.

"Lepas tu suami saya boleh cakap... awak tak suka keluarga saya ke? Ke situ pula pusingnya. Jangan sampai saya tak balik rumah baru dia tahu," ujar wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiap minggu kacau kami” - Menantu makan hati, ibu mentua asyik ajak beli barang di pasar raya... nak balik kampung pun tak bagi

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 6 tahun tinggal bersama, wanita anggap ibu mentua bagai BFF... sebak imbas saat umrah bersama di Makkah - “Jalan pun kami pegang tangan”

Dia berkongsi isi hatinya menerusi kiriman luahan kepada laman Twitter @ConfessTweetMY yang dimuat naik pada Rabu pagi.

Tweet itu sehingga kini meraih lebih 1,300 ulang kicau dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Selain netizen yang berkongsi pengalaman serupa, mereka turut menasihati pengadu supaya menyelesaikan masalah itu dengan berhemah supaya tidak berlaku perbalahan dengan suami.

"Kita bukannya marah mereka nak datang. Kita mesti nak dalam keadaan yang terbaik untuk terima tetamu. Lagi-lagi mentua. Tak apa, awak pesan je dekat mentua setiap kali mereka datang. Saya selalu pesan dalam nada gembira, jadi tak adalah mereka terasa.

"Pernah berada dalam situasi ni. Senang je, cakap maaf tak ada kat rumah. Lepas tu teruskan aktiviti kita di luar sana. Pandai-pandai la mereka hidup, siapa suruh tak cakap nak datang rumah.

1578335

Jika dimaklumkan awal, menantu pastinya dapat menyediakan makanan buat keluarga mentua yang datang. (Gambar Hiasan)

"Aku kalau yang suka datang tak dijemput ni, makan memang aku takkan sediakan la. Suami sila sediakan duit bawa keluar makan. Tak menyempat kita balik kerja penat nak makan berhidang dekat rumah.

"Faham sangat. Lepas tu yang kena sediakan tempat tidur, masak, kemas dapur, semua kita. Yang lakinya duduk bersembang je," tulis beberapa netizen.

Namun, beberapa netizen berkata mereka tidak kisah sekiranya ada ahli keluarga datang tanpa diundang, apatah lagi jika ia melibatkan kedua orang tua tercinta.

"Nak buat macam mana? Dah lanjut usia. Kerenah kembali kepada kanak-kanak. Layan je sementara masih ada. Esok lusa, kamu berdua pula merasa macam tu di usia senja.

"Kalau mak ayah atau mak ayah mentua nak datang rumah. Mereka dipersilakan bila-bila masa tanpa kira masa atau ketika. Dimaklumkan atau tidak, tiada masalah," ujar beberapa pelayar Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain