suria

[V] Bendera BN jadi gaun meleret, panji PAS macam kimono... Netizen pesan jangan seksi-seksi jahit busana hijau putih!

Busana daripada bendera BN dan PAS yang dihasilkan Wafi.

BAHANG Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin dirasai apabila tarikh pengundian pada 19 November berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Selain ribuan bendera dikibarkan di tepi jalan, rakyat Malaysia turut berkempen dengan pelbagai cara kreatif sehingga menjadi perhatian ramai.

Muhamad Zulwafi Ahmad Rosli turut menerima pujian netizen apabila dia berkongsi video memaparkan dua pasang gaun yang diperbuat daripada bendera Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Senang disapa Wafi, graduan Seni Reka Fesyen berusia 27 itu berkata dia tidak berniat menyokong mana-mana parti, sebaliknya mahu berkongsi kreativiti dan memeriahkan musim PRU15 yang sedang berlangsung.

"Tujuan utama saya buat busana-busana ini kerana nak raikan moment PRU. Perkara ini bukan berlaku setiap tahun, jadi saya buat sekadar suka-suka untuk followers dan memeriahkan suasana.

"Saya bukan beria nak berpolitik. Saya harap orang tak ambil serius. Saya tak ada buat apa-apa, sekadar buat baju dan kongsi video di media sosial.

Baju ini saya buat untuk pakai sendiri je... jahit pun bukanlah 100 peratus kemas, asalkan nampak bentuk baju.

MUHAMAD ZULWAFI AHMAD ROSLI

"Paling penting, kepada yang akan mengundi, buat pilihan terbaik yang akan memerintah negara kita. Semoga tiada rasuah dan perkara negatif, ekonomi juga stabil," ujarnya kepada mStar.

Bercerita mengenai penghasilan busana tersebut, Wafiy berkata dia kini dalam proses menyiapkan helaian ketiga yang diperbuat daripada bendera Pakatan Harapan (PH).

Ujarnya, dia juga tidak mengambil masa yang lama memandangkan kesemua baju tersebut dijahit secara ala kadar sahaja demi content video untuk media sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rembat’ bendera parti dibuat gaun! Anda sanggup pakai atau tidak?

ARTIKEL BERKAITAN: Ogos, Bulan Sibuk Buat Tukang Jahit Baju Jalur Gemilang

"Selain busana BN dan PAS, saya juga buat sehelai lagi menggunakan bendera PH. Baju ini saya buat untuk pakai sendiri je. Saya jahit pun bukanlah 100 peratus kemas, asalkan nampak bentuk baju je.

"Sekadar untuk menang pada mata netizen. Kita tahu mata netizen, mereka suka yang kembang-kembang. Makin kembang, makin wow. Walaupun sekarang ramai suka minimalis, acik-acik lagi suka baju yang besar-besar.

"Mereka nak tengok movement baju. Kemudian diserikan pula dengan pemilihan lagu untuk video," ujarnya berseloroh.

Mengenai dirinya, Wafi yang menetap di Tanah Merah, Kelantan kini merupakan peniaga pokok secara dalam talian.

wafi2

Proses penghasilan busana PAS.

Pada masa sama, dia juga tidak mempersiakan bakat yang dimiliki apabila turut menerima tempahan jahitan pakaian selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2015.

Untuk rekod, Wafi juga pernah tular sehingga mendapat liputan mStar dalam edisi PRU14 pada tahun 2018 apabila dia menghasilkan busana berinspirasikan bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR), BN dan PAS.

Selain video busana terbaharu, Wafi turut memuat naik semula video busana lama menerusi TikTok miliknya sehingga dia dibanjiri pelbagai komen netizen.

waf3

Netizen terhibur melihat busana parti politik yang dihasilkan Wafi.

Paling mencuri tumpuan tentunya komen mengenai busana PAS terbaharu yang dihasilkan Wafi apabila netizen meminta ia dihasilkan tidak seksi dan patuh syariah.

"Baju bendera PAS kena ala-ala muslimah sikit.

"Ni kena patuh syariah, tak boleh langgar, kena tazkirah nanti.

"Dah macam kimono versi tak patuh syariah.

"Entah mana dia rembat bendera panjang macam ni," tulis beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain