suria

Kecoh jualan romper untuk orang dewasa! Siapa tak sempat pakai masa bayi boleh cuba, tapi ramai tak sanggup tengok

Iklan rompers dewasa kecoh diperkatakan menerusi Facebook.

ROMPER merupakan salah satu pakaian popular dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Kombinasi baju dan seluar itu merupakan pakaian 'wajib ada' kerana ia selesa untuk dipakaikan kepada bayi.

Terbaharu, pengguna media sosial Malaysia kecoh apabila munculnya iklan memaparkan romper yang dijual untuk lelaki dan wanita dewasa.

rompers2

Pautan pembelian rompers di Shopee turut dikongsi menerusi Facebook.

"Romper orang dewasa. Ingat budak je boleh ada one set rompers? Untuk orang dewasa lagi cun-cun.

"Nak beli set untuk husband and wife pun boleh. Sweet gitu. Selesa, sejuk, senang pakai dan murah-murah je," tulis individu yang berkongsi iklan tersebut di Facebook.

Posting Facebook itu turut memaparkan seorang model lelaki yang menggayakan beberapa romper berbeza dengan penuh yakin.

Macam ni pun ada jual? Mana-mana yang masa baby tak sempat beli nak pakai, boleh kot beli.

NETIZEN

Iklan berkenaan ternyata mencuit hati netizen sehingga ia dikongsi ratusan individu, malah turut dihujani pelbagai komen jenaka.

Netizen turut 'menyeru' rakan-rakan dan ahli keluarga mereka di ruangan komen untuk melihat dan mungkin membeli produk berkenaan.

"Tak sanggup nak tengok. Nasib baik gambar sekerat je.

ARTIKEL BERKAITAN: Karut, simpan bangkai didakwa bawa tuah! Ramai terkejut cicak ekor bercabang dijual online, harga cecah RM450

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan minyak pengasih laris di Facebook! Ramai guna pikat bakal mentua, produk untuk gay pun dijual

"Macam ni pun ada jual? Mana-mana yang masa baby tak sempat beli nak pakai, boleh kot beli.

"Boleh la beli time mengundi. Masa tu kan banjir.

"Eii geli je orang lelaki pakai macam ni," tulis beberapa netizen.

Iklan mencuit hati itu tular di beberapa grup Facebook seperti Syahmi Sazli Fans Club, Apa Kes Hari Ini MY dan beberapa page lain.

komen1

Netizen terhibur melihat iklan berkenaan.

Individu yang membuat posting iklan berkenaan turut berkongsi pautan gedung beli-belah dalam talian Shopee untuk membeli pakaian tersebut.

Semakan mStar mendapati romper dewasa pelbagai corak itu dijual pada harga RM55 sehelai.

Item itu dijual dalam variasi empat saiz sahaja iaitu S, M, L dan XL.

Selain model lelaki, terdapat foto memaparkan model wanita dewasa turut menggayakan rompers tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain