suria

Air sawah bertukar merah... sayu remaja 13 tahun ‘pergi’ dengan wajah berseri, ucap ungkapan terakhir ‘mahu bersama ibu’

Mangsa di lokasi kejadian sebelum menghembuskan nafas terakhir.

AJAL dan maut nyata tidak mengenal usia.

Tragis apabila seorang remaja lelaki yang baru berusia 13 tahun meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan antara sebuah motosikal dan sebuah van.

Mangsa yang merupakan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah selepas tercampak ke sawah padi dekat Besut, Terengganu, pada minggu lalu.

Dua lagi mangsa iaitu pembonceng motosikal juga tercampak ke sawah dan turut parah, manakala pemandu van cedera di bahagian kepala dan kaki.

ungkapan terakhir rafiq 5

Keadaan van yang terbabit dalam kemalangan.

Seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah secara percuma berkongsi kisahnya bersama mangsa sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Sewaktu saya tiba di tempat kejadian, arwah masih sedar dan terbaring kaku dalam sawah padi. Saya turun ke dalam sawah dan berdiri di sampingnya.

"Dia mengadu rasa kebas pada seluruh badan. Ketika itu saya lihat tangan kanannya patah, bahu patah, kaki kanan patah dan ada koyak besar pada paha dan betis.

"Air dalam sawah padi bertukar menjadi merah akibat bercampur dengan darah," tulis sukarelawan yang lebih dikenali Mat Yoe di Facebook miliknya.

ungkapan terakhir rafiq 4

Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

Mat Yoe berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rafiq itu dibawa ke bahu jalan sejurus pasukan bomba dan anggota perubatan tiba di lokasi kejadian.

"Saya sangka dia selamat kerana hanya mengalami kecederaan luaran pada mata saya. Rupanya dia mengalami kecederaan organ dalaman," katanya sambil menambah mangsa meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun nenek 'pergi', cucu kesayangan pula menyusul... Cerita kebaikan arwah undang sebak pasukan urus jenazah

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki anak dapat cium mak kali terakhir dari atas stretcher, saat akhir ada pihak sanggup usung sampai kubur

Menurut Mat Yoe, ibu Rafiq meninggal dunia dua tahun lalu dan sejak itu Rafiq bersama seorang kakak dan adik masing-masing berusia 14 dan empat tahun tinggal bersama nenek mereka.

Namun apa yang memilukan bagi sukarelawan menerusi JNZA Gaung Global itu adalah ungkapan terakhir yang didengarinya sebelum arwah meninggal dunia.

"Saat-saat akhir nafasnya, dia beritahu saudara-maranya yang dia akan pergi untuk 'bersama' ibunya. Dia juga sempat memohon maaf serta meminta saudara-maranya menghalalkan segala makan minumnya selama ini.

"Rafiq nak pergi duduk dekat ibu. Maafkan Rafiq, halalkan segala makan dan minum Rafiq," kata-kata arwah itu masih terngiang-ngiang di telinganya.

ungkapan terakhir rafiq 2

Kenderaan yang membawa jenazah. foto Facebook Mat Yoe

Jenazah Rafiq selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Alor Saji pada Khamis minggu lalu.

"Jenazah ibu Rafiq dulu diuruskan oleh pasukan lain kerana pada waktu itu kami belum ada team mandi kapan jenazah wanita.

Ramai bercakap hal baik-baik mengenai Rafiq. Walaupun baru berusia 13 tahun, Rafiq matang sebelum usianya.

MAT YOE

"Akan tetapi, team kami mengambil tanggungjawab dengan membayar separuh dari caj mandi kapan yang ditanggung oleh waris.

"Kenderaan jenazah yang digunakan (membawa jenazah) malam ini merupakan kenderaan jenazah yang sama digunakan oleh arwah ibunya dua tahun lalu," katanya sambil menambah arwah dikebumikan tidak jauh dari pusara ibunya.

ungkapan terakhir rafiq 6

Allahyarham Rafiq selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Alor Saji.

Menurut Mat Yoe, Allahyarham Rafiq semasa hayatnya mencari rezeki dengan bekerja di kedai menjual ayam dan sayur pada hujung minggu dan cuti sekolah.

Malah katanya, ramai pelanggan mengenali arwah kerana sifatnya yang peramah.

"Adik Rafiq budak baik. Ramai bercakap hal baik-baik mengenai adik Rafiq. Walaupun baru berusia 13 tahun, adik Rafiq matang sebelum usianya.

"Pergilah 'bersama' ibumu. Itulah ungkapan terakhir yang keluar dari mulutmu sebelum menghembuskan nafas terakhir. Masih terbayang-bayang di mata wajahmu yang berseri-seri. Syurga buatmu adik Rafiq," tulis Mat Yoe di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain