suria

Karut, simpan bangkai didakwa bawa tuah! Ramai terkejut cicak ekor bercabang dijual online, harga cecah RM450

Cicak ekor bercabang yang didakwa mampu membawa keuntungan untuk pemiliknya.

KEDENGARAN tidak masuk akal, namun cicak ekor bercabang dijual dengan harga sehingga ratusan ringgit menerusi platform dalam talian.

Melihatkan harganya yang mahal, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia atau kebaikan sekiranya seseorang individu menyimpan bangkai haiwan berkenaan.

Menurut akaun Facebook Informasi Malaysia Kini, cicak ekor bercabang biasanya disimpan di dalam beg duit agar pemiliknya sentiasa mendapat keberuntungan.

cicak2

Deskripsi produk yang dijual pada harga antara RM350 hingga RM450.

"Jangan check dompet suami, nanti hilang khasiatnya," ujar pengendali Facebook itu menerusi posting pada Jumaat.

Ekor cicak yang sudah dikeringkan ini kemudian disimpan dalam dompet ataupun dalam tempat yang tersembunyi dan harus dibawa ke mana pun agar pemilik selalu mendapatkan keberuntungan.

"Jika ekor cicak cabang ini sampai terlihat orang lain, maka khasiatnya tidak akan bisa dirasakan lagi," tulis individu itu lagi.

Ketahuilah, bukan cicak yang memberi rezeki. Allah yang memberi kita rezeki.

NETIZEN

Posting tular itu menerima hampir 1,000 komen netizen yang rata-ratanya tidak percaya dengan apa yang diceritakan.

"Tahyul, tolol percaya yang karut-karut. Bangkai oiii yang hang duduk bawa sana sini.

"Ketahuilah, bukan cicak yang memberi rezeki. Allah yang memberi kita rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu pelanggan lalu lalang tapi tak singgah, belum apa-apa ustaz dah tersenyum lihat burung tiong ketika dipanggil periksa kedai disihir

ARTIKEL BERKAITAN: Sushi baru buat 3 jam dah berulat! Peniaga nekad bisnes macam biasa, enggan tahu siapa hantar sihir

"Kalau percaya ibarat menduakan Allah. Rezeki semua datang daripada Allah, bukan azimat macam ni," tulis netizen.

Posting berkenaan turut disertakan dengan pautan untuk mendapatkan produk berkenaan menerusi platform e-dagang.

Semakan mStar mendapati cicak ekor bercabang yang dibungkus dalam plastik lutsinar itu dijual pada harga antara RM350 hingga RM450 dengan kos penghantaran percuma.

cicak3

Rata-rata netizen menyelar posting itu yang dianggap karut dan berdosa.

Produk itu dilabelkan dengan nama 'cicak ekor bercabang barang mistik rare'.

Kedai online yang sama turut dilihat menjual produk seperti akar kayu larak salah pada harga RM55, pending pendekar sakti (RM280), batu mani gajah rare (RM55), minyak panjang besar dayak Sarawak (RM126) dan banyak lagi.

Sebagai peringatan, amalan ini ditegah sama sekali dalam agama Islam, malah urusan jual beli barangan itu juga adalah haram dan berdosa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain