suria

Nafsu syahwat meluap-luap, lelaki warga emas mengaku sudah kahwin 87 kali... “Saya lepaskan kepada perempuan yang sah”

Kaan bekerja sebagai petani dan digelar 'Raja Playboy'. -Tribunjabar.id/Eky Yulianto

SEJAK kali pertama mendirikan rumah tangga pada usia 14 tahun, lelaki ini mengaku pernah berkahwin sebanyak 87 kali.

Maka tidak hairanlah apabila lelaki berusia 61 tahun yang dikenali sebagai Kaan itu digelar sebagai 'Raja Playboy' kerana berjaya menambat hati ramai wanita sejak remaja lagi.

Cerita Kaan, isteri pertama yang dinikahinya berusia 16 tahun pada ketika itu.

"Hampir mempunyai anak dengan isteri pertama tapi dia keguguran. Usia pernikahan dengan isteri pertama ini hanya bertahan selama dua tahun," katanya.

ezgif-5-68b531c086

Kaan akan bernikah lagi untuk kali ke-88. - Erick Disy Darmawan/detikJabar

Tambah Kaan, perpisahan itu dikatakan berpunca daripada sikapnya sendiri sehingga dia kemudiannya mula mencari ilmu kerohanian agar mampu 'menundukkan' ramai wanita.

"Saya mempunyai nafsu syahwat yang tinggi, tapi nak melepaskannya kepada perempuan yang sah sahaja.

"Jadi saya akan nikahi wanita yang saya kenal. Saya tidak mahu permainkan perasaan perempuan, apatah lagi anak orang.

"Daripada saya makan jajan di jalanan (pelacur), lebih baik saya bernikah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis nikah batal, wanita tetap ambil baju kahwin idaman harga 8K... menangis di fitting room sampai designer pun kesian!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Dah tahu di mana boleh, tak boleh pijak” - Demi rezeki, ibu 4 anak selamba panjat bangunan pasang aircond

Untuk rekod kisah Kaan yang merupakan warga emas dari Indonesia itu menjadi bualan hangat rakyat negara seberang selepas dilaporkan tribunjabar.id.

Menurut Kaan lagi, sungguhpun usianya mencecah 61 tahun, dia tidak merancang untuk berhenti mengejar cinta sejati.

Malah katanya dia sedang bersiap sedia untuk bernikah bagi kali ke-88 bersama salah seorang bekas isterinya.

"Perancangannya akan bernikah lagi dengan bekas isteri saya yang ke-86.

Saya jadi susah makan, susah tidur kerana perbuatan saya ini, maknanya ini adalah contoh perbuatan yang tidak baik.

KAAN

"Sehingga ke hari ini dia masih tergila-gilakan saya, tambahan pula dulu kami hanya bernikah selama sebulan.

"Kerana prinsip tidak boleh mempermainkan perempuan seperti yang diajar ibu bapa, saya akan kembali bersama bekas isteri," katanya.

Bercakap tentang zuriat, Kaan berkata dia memiliki tujuh orang anak hasil perkahwinannya sebanyak 87 kali dan mereka mempunyai hubungan yang baik.

Ujar Kaan lagi, sungguhpun dilabel sebagai 'Raja Playboy', dia akui perbuatannya yang sering berkahwin dan bercerai memberi kesan kepada gaya hidupnya.

"Saya jadi susah makan, susah tidur kerana perbuatan saya ini, maknanya ini adalah contoh perbuatan yang tidak baik.

"Saya mohon jangan ada orang-orang di luar sana yang seperti saya. Ini cerita pengalaman hidup saya, biar jadi pelajaran saja," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain