suria

[V] Van ‘kawal’ laluan kecemasan, sengaja block kereta bawa wanita hamil alami bleeding! Nak exit Gopeng akhirnya sampai Kuantan

Laluan kecemasan disediakan untuk memudahkan bukan untuk dihalang.

PASTI menjadi mimpi ngeri apabila seseorang itu perlu menahan kesakitan dalam kereta tanpa mampu berbuat apa-apa.

Begitulah apa dilalui Noor Izaty, 23, yang mengalami detik cemas berdepan situasi ini ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Kuantan, Pahang.

Sewaktu menghampiri persimpangan Gopeng di Lebuhraya Plus, Izaty yang menetap di Perlis berkata dia mengalami sakit perut dan rasa ngilu di bahagian alat sulitnya.

Kerana rasa tidak selesa yang teramat, dia lantas membuat pemeriksaan sendiri dan mendapati berlaku pendarahan sekali gus menyebabkan dia berasa seram sejuk.

Izaty berkata, dia sedang hamil enam bulan dan ini merupakan kandungannya yang kedua selepas yang pertama gugur.

"Saya macam terkesima bila jadi macam tu sebab pernah gugur. Suami saya pun jenis cepat kelam kabut sikit. Jalan pula tengah sesak.

ARTIKEL BERKAITAN: Samseng habis! Sudahlah berdiri di laluan ‘New Zealand’, rider ada hati nak hempuk kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis persoal kenapa van jenazah guna lampu kecemasan, selain tuntutan agama NGO beri 6 sebab perlu segera kebumi arwah

"Saya ada beritahu yang keadaan saya masih terkawal tapi suami terus lalu emergency lane sebab fikirkan bayi dalam kandungan.

"Mula-mula lalu emergency lane semua kenderaan bagi laluan tapi ada satu van ini tiba-tiba block kami," cerita Izaty ketika dihubungi mStar.

Menurut Izaty, pemandu van tersebut seperti sengaja menggunakan separuh sahaja laluan kecemasan itu, menjadikan ruang yang tinggal tidak muat untuk keretanya meneruskan perjalanan ke klinik atau hospital.

"Saya pun waktu itu sempat ambil phone dan record kejadian supaya ada bukti yang kami tak guna laluan kecemasan ini saja-saja.

Suami saya terpaksa masuk balik lane biasa yang tengah jam.

NOOR IZATY

"Selain itu boleh buktikan ada van yang dah halang pergerakan kami di laluan kecemasan. Menyirap betul saya. Suami terpaksa masuk balik lane biasa yang tengah jam.

"Dia sempat hon van tu, orang lain pun join hon. Tak lama lepas tu saya nampak dia sendiri yang guna laluan kecemasan tu... lagi panas hati saya," kata Izaty kecewa.

Beberapa minit terbazir kerana laluan kecemasan yang dihalang dengan sengaja, wanita ini menyifatkan situasi ketika itu sebagai sangat kritikal buat dirinya dan suami.

Mujur trafik lebuh raya kembali lancar selepas itu dan suaminya segera keluar di persimpangan Tapah untuk mencari klinik terdekat.

Izaty dan suaminya ketika sedang menggunakan laluan kecemasan.

"Nak cari klinik itu pun satu journey juga. Banyak yang tutup sebab hari tu public holiday untuk Deepavali.

"Ada yang tak ada doktor bertugas sebab tengah lunch hour. Ada yang beratur panjang memang kena 'sidai' (tunggu lama) kalau kami masuk.

"Lama-lama saya pun rasa selesa sikit dan bleeding pun dah stop, saya beritahu suami supaya teruskan sahaja sampai Kuantan dan pergi hospital dekat sana," ujarnya.

Hasil pemeriksaan doktor, kandungan Izaty berada dalan keadaan baik dan pendarahan yang dialami berpunca dari komplikasi geseran uri.

3bf49182-b681-432e-b420-07a27cf46091

Izaty ketika ditahan di hospital.

"Saya masuk ke hospital yang saya akan bersalin nanti... ada doktor pakar yang datang check.

"Saya ditahan di wad selama tiga hari dua malam dan dipantau dengan rapi oleh doktor di sana. Tapi Alhamdulillah semuanya okay lepas tu," ujar Izaty.

Izaty sempat menyampaikan pesanan kepada pengguna jalan raya untuk memberikan keutamaan kepada mereka yang sedang menggunakan laluan kecemasan.

Izaty berkata mereka yang menggunakan laluan kecemasan mungkin sedang berada dalam situasi di antara hidup dan mati.

"Tolong la permudahkan urusan orang lain. Kita jangan fikir orang dalam kereta yang guna laluan kecemasan ini menipu, hanya segelintir je macam itu.

"Itu antara dia dengan Tuhan. Bila nampak ada orang nak guna laluan kecemasan, bagi je dia lalu. Kita tak tahu dia sedang bawa orang bertarung nyawa ke.

"Dalam keadaan saya, saya pun saya sedang cuba menyelamatkan satu nyawa. Orang lain mungkin ada emergency lagi teruk dari saya, Jangan block laluan kecemasan," rayu Izaty.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain