suria

Sebulan berguru dengan sifu, budak 8 tahun kini penebar roti canai terbang! Mula-mula tersasar, kini makin yakin

Adli hanya 'berguru' selama kira-kira sebulan sebelum mahir membuat roti canai terbang.

USIANYA baru lapan tahun tapi kemahirannya menebar dan 'menerbangkan' roti canai bisa membuatkan ramai terpukau.

Dalam satu rakaman yang tular di media sosial, kelihatan si cilik ini yang siap mengenakan tanjak begitu asyik menerbangkan roti canai di warung milik bapanya dengan disaksikan para pelanggan yang sedang menikmati sarapan.

Malah ada segelintir daripada mereka tidak mahu ketinggalan merakam gelagatnya, ibarat bintang kecil yang sedang membuat persembahan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Noor Diana Ismail berkata anak bongsunya, Adli Nur Iman Ahmad mula menunjukkan minat menebar roti canai sejak awal tahun lalu apabila sering menemani bapanya di warung.

"Asalnya Adli suka main doh roti canai. Kemudian dia suka perhati ayahnya menebar. Tapi ayah dia boleh tebar je, tak buat roti canai terbang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia perhati, lepas tu cuba” - Budak 9 tahun tebar roti canai macam pro, mak ayah bagi green light kalau besar nanti nak bisnes

ARTIKEL BERKAITAN: Baju jadi ‘mangsa’, banyak doh ‘dikerjakan’ tapi roti canai masih tak terbang! Pelajar tak mahu biasa-biasa macam ayah, akhirnya jadi pakar penebar

"Salah seorang pekerja di warung kami yang ada skil buat roti canai terbang. Bermula daripada dia tengok staf kami, Mohamad Rafi Zolkopri beraksi, terus dia jatuh minat. Jadi staf kami yang jadi sifu dia.

"Adli hanya 'berguru' selama sebulan sahaja sebelum berjaya menguasai skil berkenaan... siap dengan lenggok tangan lagi," ujarnya.

roti canai 3

Adli menjadi tumpuan selepas videonya membuat roti canai terbang tular di media sosial.

Noor Diana yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata, Adli akan beraksi di warung bapanya, Warung Abang Mad Roti Canai yang terlerak di Jeti Persatuan Nelayan, Manjung, Perak, pada setiap hujung minggu atau cuti sekolah sahaja.

"Sebelum ni orang yang datang bersarapan akan tanya 'roti canai ada tak?'. Tapi sejak dah viral baru-baru ini, orang cari 'adik roti terbang ada tak?'

"Adli tak tahu pun dia dah viral. Tapi baru-baru ni balik sekolah dia cerita, cikgu nak jemput buat pertunjukan dalam acara sekolah nanti. Dia happy sangat.

roti canai 4

Adli bersama 'sifu' (tengah) dan bapanya.

"Dulu masa mula-mula Adli malu dan nervous kalau nak tebar depan pelanggan... sebab kadang-kadang dia tak sempat tangkap roti canai terbang, ada yang tersasar.

"Tapi lama kelamaan apabila dia kerap practice dan skil pun dah makin upgrade, dia makin yakin dan berani," ujarnya.

Tambah Noor Diana, dia dan suaminya tidak menghalang hobi anak bongsu mereka kerana menganggap kemahiran yang dimiliki sebagai anugerah daripada Allah.

Apabila dia kerap practice dan skil pun dah makin upgrade, dia makin yakin dan berani.

NOOR DIANA ISMAIL

IBU

"Saya dan suami support saja apa yang dia minat. Kami tak paksa atau suruh dia fokus untuk teruskan bisnes roti canai. Bagi kami, ia sekadar hobi dan minat dia saja.

"Lagipun Adli sendiri kata dia suka hiburkan pelanggan yang datang menikmati sarapan di warung bapanya.

roti canai 2

Warung Abang Mad Roti Canai sentiasa menjadi tumpuan ramai.

"Kepada yang nak datang tengok Adli, bolehlah ke warung kami. Di sini ada menyajikan lebih 20 jenis roti, paling istimewa adalah roti canai dan kari kambing. Ada juga nasi lemak serta masakan panas yang lain, bermula 6.30 pagi hingga 12 tengah hari.

"Ayahnya juga gemar muat naik aksi Adli buat roti canai terbang di laman TikTok sebagai kenang-kenangan," kata wanita ini lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain