suria

Mula-mula abang bomba selamatkan nyawa, kemudian dia sambar hati... Wanita ini tak sangka insiden kemalangan jadi penguat cinta

Zati diselamatkan oleh tunangnya setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

BUKAN biasa-biasa kisah percintaan mereka ini.

Bermula dengan membantu menyelamatkan mangsa kemalangan jalan raya, kini Nur Izzati, 23, memilih abang bomba Muhammad Hakim, 25, sebagai calon suami.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Zati berkata sikap Hakim yang penyayang dan mengambil berat selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Batang Kali, Selangor pada 2 Januari 2021 terus membuatkan dia terbuka hati menerima lelaki itu.

“Waktu tu saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berjumpa Hakim dan keluarganya di Kuala Kubu Bharu. Tapi ketika tu kami hanya berkawan sebab baru lagi kenal di Instagram.

“Dia membuat panggilan video sebab nak pastikan saya sampai ke rumah dengan selamat. Cuaca waktu tu memang hujan lebat dan gelap sebab kurang lampu jalan. Kami tak berborak sangat memandangkan saya tengah memandu. Telefon diletakkan pada phone holder saja.

“Dalam lima minit lepas Hakim tanya lokasi saya tu, saya terbabit dengan kemalangan selepas sebuah kereta keluar dari simpang kiri tapi saya tak sempat elak. Kereta saya berpusing beberapa kali dari arah bertentangan. Mujurlah tiada kereta lain lalu masa tu,” ujarnya Zati.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang bomba tunjuk skill Spider-Man depan isteri masa photoshoot kahwin, video raih lebih sejuta views tak sampai 24 jam

ARTIKEL BERKAITAN: Abang bomba sado belanja biceps terkejut tiba-tiba jadi ‘famous’, netizen jumpa akaun IG... Rupanya bertugas di balai Puchong je!

Imbas wanita yang menjual kosmetik sebagai sumber pendapatannya, Hakim menyedari mengenai kemalangan itu setelah terdengar suaranya menjerit melalui panggilan video.

Menurutnya lagi, Hakim yang panik dengan insiden itu terus bergegas ke tempat kejadian dan kemudiannya menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan anggota lain yang berada di Balai Bomba dan Penyelamat di Kuala Kubu Bharu.

“Bila Hakim sampai di tempat kejadian dia terus pergi tengok keadaan saya. Mujurlah pintu belah penumpan depan tak kunci. Dia masuk dan panggil dan tampar pipi saya banyak kali. Lepas tu dia telefon ambulans untuk dapatkan bantuan bawa saya ke hospital.

Zati mula mengenali Hakim di Instagram pada tahun 2020.

“Selepas daripada kemalangan, dia terus putuskan untuk selalu ada dengan saya. Senang cerita declare couple. Malah disebabkan kejadian tu, dia agak fobia dengan keselamatan saya. Tak nak benda sama berulang lagi.

“Kami buat keputusan untuk bertunang pada 24 September baru-baru ini selepas setahun berkenalan,” kata Zati.

Dia selamatkan nyawa sekali hati dia selamatkan ya... tahniah anda berdua.

NETIZEN

Terdahulu perkongsian Zati di TikTok meraih lebih 511,000 jumlah tontonan.

Rata-rata warga maya turut teruja melihat video pendek yang dikongsikan olehnya itu.

“The real abang bomba selamatkan saya. Dekat mana boleh kena patuk ular ya?

“Ni yang tiba-tiba nak buat-buat tersepit jari dekat ampaian nak panggil abang bomba.

Zati dah Hakim mengikat tali pertunangan mereka pada 24 September 2022.

“Dia selamatkan nyawa sekali hati dia selamatkan ya. Tahniah anda berdua,” demikian antara komen netizen pada video tersebut.

Kata Zati, kini setelah ‘abang bomba’ menjadi tunangnya, dia berasa lebih selamat kerana mempunyai peneman untuk bergerak ke mana saja.

Bukan itu saja, pasangan ini turut menggunakan aplikasi di telefon pintar untuk menghidupkan lokasi masing-masing bagi tujuan keselamatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain