suria

Selepas 20 tahun gadis ini berjaya jejak ibu kandung, terpisah sejak bayi... Apabila jumpa, tolak pelawaan tinggal bersama

Sof bertemu semula dengan ibu kandungnya setelah berpisah lebih 20 tahun.

SEBELUM ini kisah gadis bernama Nurshahirah Sofea yang dibesarkan bapa angkat sejak bayi mendapat perhatian ramai.

Menerusi temubual dengan mStar pada Februari lalu Nurshahirah Sofea atau Sof, dia tidak pernah mengenali siapa ibu kandungnya dan hanya menumpang kasih bapa angkatnya, Yakub Hassan, 76.

Namun kini selepas beberapa bulan, Sof, 20, menyuarakan hasrat untuk bertemu ibu kandungnya.

“Mula-mula ada beritahu dua orang kawan rapat yang saya teringin nak cari mak kandung.

“Saya tak nak jumpa depan-depan sebab masih belum bersedia tapi nak tengok muka dia.

"Mula-mula hanya nak tahu dia masih hidup atau dah meninggal dunia sebab selama ni saya tak pernah berhubung dengan dia,” ujar Sof ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kenal ibu kandung, gadis reda kini terpaksa jauh dari bapa angkat tempat menumpang kasih... dikata ‘muka sama’ pun dah cukup gembira!

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak cari adik dan ayah... hanya ‘berbekalkan’ nama Abdullah - “Kami sikit pun tak pernah dicium, dibelai oleh ibu bapa kandung”

Bercerita lanjut Sof berkata dia tidak menyangka luahannya dipandang serius dua sahabatnya iaitu Hana dan Irsyad apabila mereka memulakan langkah untuk mencari si ibu.

Setelah kira-kira sebulan usaha menjejaki ibu kandung Sof bermula, akhirnya mereka berjaya menjejaki wanita itu yang menetap di Johor Bahru, Johor.

Sof dibesarkan oleh keluarga angkat sejak bayi lagi.

“Masa kawan beritahu dia nak tolong cari, dia minta nama penuh saya. Saya pun tak fikir panjang terus saja berikan.

“Lama kawan saya diam saja tak ada berita baik apa-apa pun. Lebih kurang sebulan lepas tu dia cakap nama mak kau sekian sekian kan (Sof enggan mendedahkan identiti si ibu).

“Saya sangat terkejut apabila dia boleh tahu nama penuh mak. Jadi kawan saya sorang lagi tu cari dekat Facebook dan akhirnya jumpa akaun mak.

"Mereka yakin tu mak saya sebab muka lebih kurang sama jadi mereka cuba hubungi melalui mesej di Facebook,” ujar Sof.

Mula-mula hanya nak tahu dia masih hidup atau dah meninggal dunia sebab selama ni saya tak pernah berhubung dengan dia.

NURSHAHIRA SOFEA

Apabila diteliti pada profil Facebook wanita berkenaan, sememangnya maklumat yang ada sama dan tepat dengan info yang diketahui Sof melalui bapa angkatnya.

Kedua-dua rakannya meneruskan usaha mereka dengan cuba mendapatkan nombor untuk dihubungi melalui ruangan mesej di Facebook.

Cubaan mereka menghubungi ibu kandung Sof berjaya apabila wanita itu memberi respons terhadap mesej salah seorang rakannya itu.

Sof bertemu dengan ibunya di sebuah kafe di Johor Bahru, Johor.

“Pada mulanya saya sendiri tak yakin tu ibu kandung. Kawan Sof yang perempuan tu chat tapi tak dapat balasan pun, tapi apabila kawan yang lelaki tu mesej barulah dia balas.

“Apabila kawan Sof tanya pernah tak ada nama anak Nurshahira Sofea... dia mengaku ada. Ibu saya terus tanya soalan macam-macam dekat kawan lelaki saya tu. Apabila dah lama borak tu ibu ada ajak saya jumpa.

“Akhirnya pada 30 Ogos lalu kami berjumpa dekat sebuah kafe dekat Johor Bahru. Tapi sekarang ni mak saya kerja di Kuala Lumpur.

"Apabila jumpa tu dia ceritakan segalanya. Kenapa dia tinggal saya. Jadi daripada situ saya tahu punca mak buat keputusan tu cuma saya tak boleh ceritakan pada umum,” ujar Sof.

Setelah mereka berjumpa, si ibu ada mengajak Sof untuk tinggal dengannya namun permintaan tersebut ditolak kerana dia lebih selesa hidup bersendirian.

Sof menolak pelawaan ibu kandung untuk mereka tinggal bersama.

Menurut gadis ini lagi, dia sudah terbiasa berdikari sejak tamat pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana dia terus bekerja di pusat beli belah, Mid Valley Southkey di Johor Bahru sehingga kini.

Untuk rekod, perkongsian video menyedihkan yang disiarkan mengenai perjalanan Sof berjumpa ibu kandung setelah 20 tahun berpisah cukup menyentuh jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain