suria

Peniaga nasi lemak tepi jalan mampu pandu Vellfire, untung ribu-ribu sebulan tapi tak isytihar cukai... “Itulah T20 undercover B40”

Seorang lelaki tidak bersetuju dengan sikap sesetengah peniaga yang enggan mengisytiharkan cukai pendapatan mereka.

ISU komuniti peniaga cuba bersikap tidak jujur serta mengelak daripada mengisytiharkan cukai pendapatan mereka bukan perkara baharu.

Lebih tidak bertanggungjawab apabila golongan berkenaan mahu masyarakat luar mengiktiraf kononnya mereka berada dalam kategori berpendapatan rendah sedangkan ia bertentangan dengan situasi sebenar.

Seorang pengguna Facebook berkongsi kekecewaannya apabila mendakwa bahawa dia menyedari kini peniaga nasi lemak tepi jalan juga mampu memiliki sebuah Toyota Vellfire.

“Ni kereta B40 zaman sekarang. Masa nak beli, bank cukup (mesti) tolak (permohonan pinjaman). Tiada rekod daftar cukai. Bayar cukai apatah lagi.

Posting asal di Facebook.

“Jadi, macam mana bank nak yakin kemampuan kewangan kau? Dia punya mengamuk sakan dengan pegawai bank sampai habis dirakam dan viralkan semuanya. Kalau boleh celah lubang hidung pegawai bank pun dirakamnya.

“Dia kata walaupun berniaga nasi lemak tepi jalan, kerja 7 pagi sampai 11 pagi saja tapi pendapatan bulanan dia cecah RM11,000.

"Sudah dua kali belanja mak pi umrah. Setakat gaji pegawai bank tu katanya, banyak lagi pendapatan bulanan dia. Tapi tak nak declare income tax,” ujarnya.

Kata lelaki itu, keangkuhan peniaga nasi lemak yang menjana pendapatan bulanan berjumlah puluhan ribu lebih terserlah apabila mereka mampu membuat pembelian kereta Perodua Myvi secara tunai.

Namun segalanya mula berubah apabila mereka menerima surat penalti daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) gara-gara tidak membayar cukai sekitar lima tahun berniaga.

Pada ketika itu, dakwa lelaki ini, peniaga mula bersikap ‘zuhud’ dengan menyatakan kepayahan mereka dalam mencari rezeki berniaga tepi jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbat selagi boleh! Lelaki bengang tengok makcik guna mesin di dobi layan diri, ini ke cara B40 nak berjimat?

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bongkar mentaliti golongan B40 menyewa di apartment RM350 sebulan! Ada yang bela ayam, karaoke sampai 2 pagi

“(Kali ini) dia kata apalah sangat berniaga nasi lemak tepi jalan. Kais pagi makan pagi je. Kalau hujan, tak habis jualan kami buang saja.

“Nak derma dengan orang, sakit pula hati kami tengok orang makan free padahal kami nak start masak tu kena bangun 3 pagi. Pukul 11 pagi habis berniaga.

“Tapi nak mengemasnya dah setengah jam. Sampai rumah bukan boleh terus rehat. Nak mengangkut daripada kereta ke dapur lagi. Nak membasuh lagi. Bawang-bawang rempah semua bukan boleh baru nak sedia esok.

“Balik tulah kena terkocoh-kocoh sediakan. Mau (mahu) 12 jam juga menghadapnya. Tapi pendapatan apalah sangat sampai kena penalti RM132,000. Tolong lah encik katanya,” jelas lelaki itu lagi dalam hantarannya mengajuk sikap segelintir peniaga.

Bukan itu sahaja, dakwa lelaki ini lagi, mereka juga merupakan golongan yang menerima bantuan BR1M, zakat, bantuan peniaga malah bantuan kerajaan negeri yang kemudiannya menunjuk-nunjuk bantuan tersebut di Facebook.

Apabila majlis bandaran datang sita, mengamuk, lepas tu viral menangis minta simpati... itulah dia T20 undercover B40.

NETIZEN

Katanya lagi, jika dihitung semula pendapatan peniaga golongan B40, mereka sebenarnya boleh dinaik taraf kepada kategori T20 tanpa perlu berada dalam kelompok M40.

“Kerja makan gaji, tapi dekat luar join MLM, jual jamu, jual produk timbang kilo, jual kek, sampai pendapatan bulanan cecah kategori T20 Lembah Klang.

“Apabila tak declare, data dan status perangkaan akan kekal dengan bilangan B40 yang ramai. Sampai bila tak nak upgrade? Sebab ada perangai B40 macam ni la, sampai bila-bila pun kerajaan sukar nak kurangkan rakyat berpendapatan B40,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, perkongsian lelaki tersebut meraih lebih 1,900 tanda suka dan dikongsikan semula lebih 340 kali.

Rata-rata warga maya bersetuju dengan luahan dibuat melalui hantaran tersebut dalam sebuah grup di Facebook.

Komen netizen yang bersetuju dengan hantaran asal.

“Sangat tepat, takut nak declare (T20) sebab nanti banyak bantuan tak dapat. Mereka tak ada slip gaji. Masa untung besar diam, masa rugi habis cerita disiarkan untuk simpati.

“Untung tak declare. Seumur hidup tak bayar cukai, bayar zakat saja cukup. Tapak berniaga atas tanah orang.

"Apabila majlis bandaran datang sita, mengamuk, lepas tu viral buat menangis minta simpati. Itulah dia T20 undercover B40.

“Berniaga rancak tapi tak declare income tax. Terlalu banyak. Itulah golongan T20 dalam B40. Macam mana angka B40 tu nak berganjak,” komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain