suria

Wanita kongsi tip pikat suami, tapi netizen kata semua tak menjadi! Kalau lelaki nak curang dia buat juga... “Ayah aku 4 kali kahwin lain”

Wanita berkongsi pengalaman yang dialami ibunya kepada umum.

KAUM hawa sering dimomokkan dengan kata-kata nasihat bahawa perlu sentiasa menjaga keperluan suami demi keharmonian rumah tangga.

Malah ada yang menyatakan isteri bukan sahaja perlu kelihatan 'hot' tetapi mesti tahu memasak sebagai formula bagi menambat hati suami agar mereka tidak terpikat dengan wanita lain.

Seperti perkongsian wanita dikenali sebagai Mimi Asmara, dia menyatakan tiga perkara perlu dilakukan bagi memikat hati suami iaitu jaga tempat tidur, pakaian dan jaga masakan.

Menurutnya, ia adalah berdasarkan pengalaman yang dinyatakan isteri kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

"Orang dulu-dulu kata... nak pikat suami, ikat perutnya dengan masakan kegemarannya. Kau bayangkan kau ambil anak lelaki orang yang mak dia dah bela, jaga, bagi makan sedap-sedap sampai besar, lepas tu kahwin dengan kau. Apabila suruh masak, tarik muncung panjang kata ‘I bukan bibik’.

"Isteri Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, pun pernah beritahu tiga petua pikat hati suami iaitu jaga tempat tidur, jaga pakaian dan jaga masakan. Sampai engkau... suami nak bermanja, kau jadi singa. Makan pakai dia kau suruh bibik buat. Kau gila ke apa?" ajunya menerusi ciapan di Twitter.

Ciapan seorang pelayar Twitter mengundang pelbagai reaksi warganet.

Ciapan seorang pelayar Twitter mengundang pelbagai reaksi warganet.

Mimi juga pada masa sama menyatakan, kadar bunuh diri dalam kalangan lelaki Malaysia jauh lebih tinggi berbanding wanita.

"Kau ingat, kau saja boleh kemurungan?

Suami punya makan hati berulam jantung dengan perangai, mood swings dan mulut kau tak mahu fikir pula.

"Lepas tu terkejut kadar bunuh diri dalam kalangan lelaki Malaysia jauh lebih tinggi daripada wanita. Inilah kesan toxic femininity!" tegasnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Diceraikan ketika hamil 2 bulan, suami kantoi curang borak loghat Sabah dalam telefon... Paling geram tak mengaku anak!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar 10A SPM kembali kejar cita-cita selepas perkahwinan di usia 18 tahun gagal, masih ‘power’ sekali interview terus dapat biasiswa

Ciapannya itu menjadi tular sehingga diulang kicau lebih 3,600 pelayar Twitter.

Bagaimanapun ia mengundang perbalahan antara netizen lelaki dan wanita berikutan kedua-duanya mengakui saling dijaga dengan baik oleh keluarga masing-masing sebelum melayari bahtera perkahwinan.

"Habis perempuan ni dulu elok-elok mak dia jaga macam mana pula? Bukan main perlu jaga perut hati laki saja, ada petua itu dan ini padahal yang paling besar tanggungjawab suami kepada isteri.

"Jadi lelakinya ambil anak dara orang yang ibu bapa juga bela, beri makan sedap-sedap dan dimanjakan dengan keselesaan. Lakinya tak boleh masak untuk isteri? Kenapa isu ini ditekan kepada perempuan bukan lelaki?

Pelbagai tips diberikan untuk para isteri bagi mengelakkan kecurangan berlaku. - Gambar hiasan

Pelbagai tips diberikan untuk para isteri bagi mengelakkan kecurangan berlaku. - Gambar hiasan

"Jadi suami bukan macam tuan. Semua benda kau petik nak ada depan mata... give and take sikit, buat sama-sama. Jangan asyik mengarah, bini pun penat kerja balik malam," ujar beberapa netizen wanita.

Bagi kaum lelaki, posting yang dibuat oleh Mimi semestinya menggembirakan selain mengakui ia adalah ciri-ciri calon isteri idaman.

"Suka dengan pendapat awak... calon isteri idaman.

"Back-up lelaki baik macam mana pun, yang nampak tetap yang jahat-jahat tu.

"Macamlah perempuan tak pernah curang, suci benar.

"Curang ni bukan lelaki saja, perempuan pun sama 100 peratus. Nafsu tak mengenal lelaki atau perempuan," luah beberapa netizen lelaki.

Dalam pada itu, seorang pelayar wanita turut meninggalkan komen dan berkongsi kisah kehidupan keluarganya kepada umum sehingga komentarnya itu diulang kicau oleh 7,600 pelayar dan menerima 10,400 tanda suka.

Memulakan cerita, ujar pemilik akaun @theinas92, dia pada awalnya mempercayai tip berkaitan jaga makan suami.

Antara komentar netizen pada ciapan @theinas92.

Antara komentar netizen pada ciapan @theinas92.

Namun katanya, persepsi tersebut berubah selepas melihat kecurangan ayahnya yang dikatakan berkahwin sebanyak empat kali.

"Bab jaga makan ni dulu aku percaya. Tapi lepas jadi kat mak aku, aku dah tak percaya. Kalau laki nak curang, nak kahwin lain dia akan buat juga.

"Mak aku sediakan makanan untuk ayah aku lima ke enam kali sehari. Ayah aku empat kali juga kahwin lain," ciapnya.

Mendedahkan lebih lanjut, dia turut memberitahu bahawa ayahnya tidak pernah lipat mahupun seterika baju sendiri sehinggakan dapur tidak dijejaki kerana segalanya dilakukan oleh ibunya.

Malahan nafkah juga tidak pernah diberikan.

"Jaga pakai dia? Ayah aku tak pernah langsung lipat baju, iron baju sendiri. Iron pun tak pernah sentuh rasanya. Memang semua mak aku buatkan.

"Dapur tak pernah pergi, masak semua mak aku buat. Ayah aku tunggu makanan terhidang, siap makan... tinggal pinggan atas meja.

"Nafkah tak payah cakap, mana nak bagi. Mak aku kalau nak beli apa semua beli guna duit sendiri. Barang dapur, bil pun kadang mak aku juga yang keluarkan duit.

"Mak aku tolong banyak dari segi duit, akhirnya asyik kahwin lain," luahnya sambil menegaskan bahawa segala 'tip' pikat hati suami adalah tidak wajar.

Ia sebaliknya ayat yang digunakan lelaki untuk menjaga kepentingan diri mereka sahaja.

Tambahnya lagi, pada masa ini, ibu dan ayahnya sudah bercerai.

"Tapi sekarang mak dengan ayah aku dah bercerai, akulah yang bawa mak turun naik mahkamah. Alhamdulillah, mak nampak lagi gembira selepas bercerai, cuma sekarang dia sakitlah.

"Nak kemana memang kena pakai kerusi roda... aku jaga dia kat rumah," katanya sambil menambah ia sekadar untuk luahan perasaan yang telah dipendam sejak 17 tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain