suria

Sepatutnya ada di perbarisan, isteri menjerit suami keluar dari bawah meja pejabat... patutlah kawan ajak mekap!

Ierah terkejut apabila suaminya tiba-tiba muncul dari bawah meja.

MENERIMA kejutan di hari bahagia pastinya menggembirakan sesiapa sahaja tambahan pula ia dilakukan oleh orang tersayang.

Seperti perkongsian video yang tular, tanggal 31 Ogos lalu menjadi momen paling bermakna buat wanita ini.

Mana tidaknya, suami yang tinggal beratus kilometer sanggup datang ke pejabatnya demi meraikan hari ulang tahun perkahwinan yang kedua walaupun sedang sibuk dengan raptai Hari Kebangsaan di Ipoh, Perak.

Berkongsi kenangan bahagianya dengan mStar, Muneerah Sulaiman berkata, dia sama sekali tidak menyangka suami, Muhammad Hanif Ghazali, 32, yang bertugas sebagai Pegawai Polis Kanan Trafik akan membuat kejutan seperti itu.

Disebabkan itu, dia terjerit di dalam pejabat kerana terkejut melihat suami yang bersembunyi di sebalik meja kerjanya di Putrajaya.

Malah kata wanita berusia 31 tahun itu, suaminya bukanlah seorang lelaki yang pandai membuat kejutan.

"Tahun lepas saya pernah nak buat surprise kat dia dan hantar barang guna rider... tapi pada masa tu, dia tidak duduk setempat kerana sibuk dengan tugasan sehingga akhirnya dia sendiri yang perlu ambil di rumah rider.

"Suami pula jenis direct. Kalau saya mahukan sesuatu dia akan tanya nak yang mana dan terus beli... saya sendiri yang perlu minta sebab dia tak ada masa nak fikir.

"Tapi suami seorang yang romantik. Cumanya sekarang ini, masing-masing duduk berjauhan kerana kekangan kerja. Dia di Ipoh, saya pula Putrajaya," luahnya yang tinggal berasingan sejak berkahwin.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh perkahwinan, suaminya tidak berpeluang untuk meraikan hari lahir mahupun ulang tahun perkahwinan mereka sehingga dia mencadangkan supaya sambutan dilakukan serentak.

"Ada satu hari saya tanya pada suami, anniversary tahun ni macam mana dan dia gelak saja. Tapi dia pernah cakap yang dia akan buat surprise cuma tak tahu bila dan di mana.

Ierah hadir semasa majlis tamat latihan kepolisan pada November 2019.

Ierah hadir semasa majlis tamat latihan kepolisan pada November 2019.

"Masa tu saya ingatkan dia sekadar bergurau. Rupa-rupanya dia dah berpakat dengan kakak pejabat saya yang dikenali Kak Liza sebab mereka berkawan di Facebook.

"Semasa hari kejadian, suami ada raptai perbarisan kemerdekaan dekat Ipoh, seminggu juga dia sibuk. Jadi memang tak sangka dia akan buat sebab raptai habis jam 12 tengah hari, dia tiba di Putrajaya pada jam 4 petang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak kongsi kejutan ulang tahun perkahwinan, tapi netizen ‘cair’ tengok bapa umur 50 tahun masih kacak... Ada yang panggil ‘hot daddy’

ARTIKEL BERKAITAN: Bersanding dengan rambut panjang dan bersolek, bapa 4 anak dah lali dipandang serong... isteri pun kena tempias! - “Bukan tak mahu berubah, bohonglah”

Ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia tidak mengesyaki apa-apa walaupun tiba-tiba rakan sekerja mengaajaknya bersolek selepas mereka menunaikan solat Zohor, tambahan pula waktu kerja hampir tamat.

Dalam masa sama suaminya juga sudah menyatakan ingin tidur kerana mengantuk sambil tunggu waktu Asar.

Kekangan bila ada peluang balik ke tempat suami, tapi suami kena jaga SJR atau kerja hakiki yang padat. Masa bersama keluarga tu terhad untuk kami sebagai pasangan suami isteri yang muda.

IERAH

"Sudahnya saya terkejut melihat kelibat suami di bawah meja sehingga terjerit kuat sambil disorak rakan-rakan pejabat yang lain," imbaunya.

Bercerita lanjut, dia yang mesra di sapa Ierah memberitahu, perkenalannya dengan suami bermula semasa mereka pergi mendaki pada 2018.

Manakala perkahwinan dengan suami berlangsung pada zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun 2020.

Majlis idamannya dan suami berjaya dilangsungkan.

Majlis idamannya dan suami berjaya dilangsungkan.

"Tapi kami berkawan tak lama dan terus buat keputusan untuk serius. Dia jumpa mak saya pada Disember 2018 dan Februari tahun berikutnya dia menerima tawaran untuk mengikuti kursus kepolisan.

"Mak saya pula masuk IJN (Institut Jantung Negara) pada bulan Mei dan meninggal dunia pada 2 Jun. Jadi selepas habis latihan pada bulan November, terus kami berdua bertunang.

"Syukur Alhamdulillah kerana semua urusan perkahwinan saya dipermudahkan dengan bantuan ibu saudara sebab saya sudah tidak mempunyai ayah mahupun ibu. Awalnya nak buat majlis perkahwinan pada April 2020 tapi disebabkan PKP terpaksa tunda sehingga hujung bulan Ogos.

"Rasa perit sikit masa kumpul duit sebab nak buat majlis seperti yang diidamkan," ujar Ierah yang akhirnya berjaya mengadakan majlis berkahwin di bawah pedang seperti impiannya suami isteri.

Tambahnya lagi, sebagai isteri kepada pasukan keselamatan, dia perlu memahami tugasan suami yang berkhidmat untuk negara.

Bersama suami dan anak.

Bersama suami dan anak.

Walaupun banyak cabaran dan kekangan yang perlu ditempuhi, dia perlu kuat dan sentiasa bersiap sedia.

"Kekangan bila ada peluang balik ke tempat suami, tapi suami kena jaga SJR (sekatan jalan raya) atau kerja hakiki yang padat. Masa bersama keluarga tu terhad untuk kami sebagai pasangan suami isteri yang muda.

"Saya juga perlu sentiasa bawa anak ke Perak, lagipun suami susah dapat cuti.

"Macam hari raya, memang tak dapat nak rasa perasaan sambutan hari pertama kerana cutinya akan beku dalam dua minggu," luahnya yang memohon doa orang ramai supaya mereka dapat tinggal bersama.

Terdahulu video yang dimuat naik di TikTok menjadi tular sehingga ditonton lebih 167,000 pelayar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain