suria

Penangan Azlan Typewriter, majlis konvo jadi konsert! Graduan pemalu gamatkan dewan, tak percaya dirinya mampu buat ‘show’ sendiri

Aksi Ahmad Fikri sewaktu Azlan Typewriter membuat persembahan. -sumber YouTube UniKL Page

WOW, macam konsert!

Bergegar Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dengan persembahan mantap penyanyi Azlan & The Typewriter, baru-baru ini.

Dalam kemeriahan itu, seorang penonton mencuri perhatian apabila aksinya berdiri menyanyikan lagu berjudul Jangan Khianati Aku secara miming terpapar pada skrin utama di dalam dewan sempena majlis konvokesyen yang sedang berlangsung.

Walaupun hanya dari tempat duduk penonton, lagaknya yang penuh bertenaga ini tidak ubah seperti penyanyi profesional di pentas.

Bercakap kepada mStar, pemuda itu, Ahmad Fikri Mohd Khairy berkata, dia merupakan antara ribuan graduan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang hadir ke majlis konvokesyen, pada 15 Ogos lalu.

konsert konvo 4

Azlan Typewriter membuat persembahan pada majlis konvokesyen UniKL.

Graduan Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (Alam Sekitar) dari UniKL-Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET) itu memberitahu, dia menamatkan pengajian pada akhir 2019 dan majlis konvokesyen tertangguh selama dua tahun berikutan pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan bikin keliru, majlis konvo disangka ada isu teknikal! Pergi kuliah pakai kemeja, naik pentas cantik berbaju kurung

ARTIKEL BERKAITAN: Tebal muka mortar board melayang, gadis bikin 'drama' di pentas konvo... Tak sangka dapat peluang ke-2 terima skrol

"Jadi, saya bersemangat hadir ke majlis konvo setelah sekian lama menanti. Sebelum masuk dewan, penganjur ada maklum kalau ada muka terpapar kat skrin besar semasa majlis berlangsung, kena beri respons macam lambaikan tangan.

"Tapi bila saya dapat tahun Azlan Typerwriter datang buat persembahan sebagai artis jemputan, bukan setakat lebih bersemangat, malah teruja sangat," katanya kepada mStar.

konsert konvo 5

Tangkap layar video Ahmad Fikri menerima skrol graduasi. sumber YouTube UniKL Page

Ahmad Fikri yang berusia 23 tahun ini memberitahu, dia sememangnya merupakan peminat Azlan &The Typewriter sejak zaman sekolah.

Malah dia mengikuti perkembangan Azlan yang ketika itu menyertai kumpulan Meet Uncle Hussain sehingga penubuhan Azlan and The Typewriter.

"Azlan menyanyi secara solo lagu Lagu Untukmu dan Jangan Khianati Aku. Sudah tentu, saya ikut menyanyi sama layan lagu.

"Tiba-tiba kawan tegur beritahu wajah saya terpampang di skrin. Jadi, saya terus bangun dan buat aksi secara spontan," ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

konsert konvo 6

Ahmad Fikri (tengah) bersama ibu bapanya di Dewan Merdeka, WTCKL.

Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, dia tidak menyangka rakaman yang memaparkan wajahnya di skrin utama adalah lebih lama berbanding penonton lain.

"Terima kasih abang cameraman kerana sporting sangat. Pengalaman pertama kali sebab tak pernah menyanyi walaupun secara miming depan orang seramai itu.

Kalau Azlan turun pentas jumpa penonton dan hulurkan mikrofon macam selalu artis buat di konsert, memang saya nyanyi betul-betul.

AHMAD FIKRI

"Saya sendiri tak percaya apa yang saya buat masa tu sebab saya ni malu-malu orangnya. Tapi saya rasa macam dalam konsert dan vokal Azlan pun memang power.

"Mak ayah ada juga di dalam dewan hadiri konvo, mak tengah rakam Azlan menyanyi masa tu. Nasib baik mak ayah sporting tengok saya muncul di skrin," tambahnya.

konsert konvo 7

Ahmad Fikri (tiga, kiri) bersama keluarga.

Ahmad Fikri yang kini menyambung pengajian dalam jurusan sama di peringkat ijazah sarjana muda mengakui keterujaannya berterusan sehingga selesai majlis.

"Saya cuba cari Azlan kot dia masih ada, teringin nak jumpa. Setakat ini, saya belum pernah jumpa dia. Masa Azlan nyanyi tu, berharaplah juga dia turun ke pentas jumpa penonton.

"Pada masa sama, rasa geram tu ada sampai rasa nak ke depan pentas tapi sabar. Kalau Azlan turun pentas jumpa penonton dan hulurkan mikrofon macam selalu artis buat di konsert, memang saya nyanyi betul-betul," ujarnya secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain