suria

TikToker Indonesia teruja sampai KLIA2, tak percaya airport Malaysia macam shopping mall... Ramai sangka jumpa Billie Eilish dalam H&M

Lili begitu teruja sebaik tiba di KLIA2. foto TikTok lilinielsen_

PERASAAN teruja dapat bercuti ke luar negara pasti akan dirasai setiap pengembara.

Begitulah yang berlaku kepada seorang TikToker dari Indonesia yang gembira apabila dapat menjejakkan kaki di Malaysia.

Penerbangan yang dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang.

Mempunyai 1.4 juta pengikut di TikTok, Lili Nielsen tidak menyangka KLIA2 persis sebuah pusat beli-belah yang besar, apatah lagi ia menghimpunkan jenama-jenama terkenal antarabangsa.

"Guys aku baru sampai di Malaysia, kamu tahu aku lihat apa di aiport? Ada H&M. Oh my God! Airport Medan tak seperti di sini," katanya menerusi satu video yang kini tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan digigit nyamuk, 'minah salih' bengkak kaki tak boleh pakai kasut... Tapi Malaysia tetap di hati, suka makan nasi dagang

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia negara dunia ketiga? 'Minah Salih' jalan di Pavilion buktikan kepada rakan Amerika negara kita tak mundur

Mempunyai keinginan untuk berbelanja di lapangan terbang, namun Lili perlu bertahan terlebih dahulu kerana kedatangannya ke negara ini tidak bersendirian.

tiktoker indonesia 6

Tangkap layar video yang dirakamkan Lili di KLIA2.

Menerusi video berdurasi dua minit, gadis itu memasuki ke beberapa premis pakaian dan melihat koleksi yang menarik perhatiannya.

Selain H&M, Lili yang menaiki penerbangan dari Medan turut dilihat meninjau ke dalam premis jenama terkenal dari Jepun, Uniqlo.

tiktoker indonesia 2

Lili turut terkejut terdapat pasar raya di KLIA2.

Namun menurut Lili, dia berharap agar lapangan terbang di negaranya turut dilengkapi dengan pusat beli-belah seperti di KLIA2.

Dia juga terkejut apabila mendapati sebuah pasar raya di dalam lapangan terbang.

Semoga di Indonesia, ada airport ala mall seperti ini.

LILI NIELSEN

"Semoga di Indonesia, ada airport ala mall seperti ini. Benar-benar ini aiport dan juga mall. Ada Uniqlo dan macam-macam lagi.

"Keren (cool). Moga ada aiport yang ada juga mall, mantap! Kalau aku tinggal di sini, pulang dari mana-mana pasti akan belanja (beli-belah)," kata Lili sambil menunjukkan isyarat bagus.

tiktoker indonesia 5

Lili memberi tanda bagus dengan kemudahan di KLIA2.

Kunjungan Lili ke Malaysia antara lain bagi menghadiri konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Khamis malam.

Video Lili di KLIA2 meraih lebih 380,000 tontonan di TikTok.

tiktoker indonesia 7

Lili (kanan) hadir ke Malaysia bagi menyaksikan konsert Billie Eilish. foto instagram lilinielsen_

Rata-rata pengguna TikTok terutama dari Malaysia gembira menyaksikan keterujaan Lili berada di Kuala Lumpur.

Malah, kebanyakan mereka mengucapkan selamat datang kepada gadis dari Medan itu.

tiktoker indonesia 1

Antara komen netizen yang turut gembira dengan perkongsian Lili.

"Seronok tengok dia happy dan excited."

"La, ingatkan jumpa artis ke apa."

"La ingat jumpa akak Billie kat H&M."

"Bangga tengok orang excited datang negara kita," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain