suria

Mak ayah B40 gigih hantar anak ke IPTS sebab malu masuk kolej kemahiran! Akhirnya kerja tak dapat, hutang kena bayar

Seorang pemuda menegur ibu bapa golongan B40 yang malu menghantar anak ke kolej kemahiran. -Gambar hiasan

MISKIN bulan alasan untuk gagal dalam kehidupan.

Malah, ramai pelajar dalam kumpulan B40 berjaya keluar dari kepompong kemiskinan selepas melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Di laman Facebook, seorang pemuda tampil menegur sebilangan ibu bapa dalam kumpulan B40 yang mendaftarkan anak mereka ke kolej-kolej swasta sehingga 'menjerut' leher sendiri.

UPM Students ,Nurul Natasha Mohamad,23, (left) and her roomate Nur Arsya Mohd Shamsuri,22, packing up their belongings before back hometown for Hari Raya celebration on 7 April.(May 4 ,2021)- AZHAR MAHFOF/The Star

Posting di Facebook itu mengundang perdebatan netizen mengenai kolej swasta dan kolej kemahiran biasa. -Gambar hiasan

"Aku paling kesian dengan anak B40 yang SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dia punya result ke laut. Nak masuk Kolej Komuniti malu sebab nampak bodoh sangat dengan kawan, lepas tu masuk kolej swasta yang tak ada nama.

"Ni semua punca daripada mak bapa yang dok paksa anak ambil diploma sedangkan Kolej Komuniti pun okay juga, tak pun Poly-Tech Mara yang yuran dia tak semahal IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta) cap ayam ni," tulis pemuda itu.

Menurut pelayar Facebook itu, nasib pelajar-pelajar itu bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila mereka bukan sahaja dibebani hutang pengajian, malah sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bongkar mentaliti golongan B40 menyewa di apartment RM350 sebulan! Ada yang bela ayam, karaoke sampai 2 pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Ada geng T20 anggap B40 makan oyster mentah di gerai sebagai berangan! Harap tak keracunan makanan

"Lepas tu bila dah habis study mengeluh kena bayar hutang dengan jumlah yang banyak sampai terbeban, sijil pula tak laku sebab majikan ambil calon lain yang ada diploma dari kolej yang ternama.

"Jangan sebab mak bapa, korang merana kemudian hari nanti ya. Masuk Kolej Komuniti tak hina pun. Yang hina bila ambil pinjaman tak bayar sampai tak boleh travel luar negara. Geng kolej komuniti santai je melancong sana sini," ujarnya lagi.

Posting yang dikongsi menerusi group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini mengundang pelbagai perdebatan netizen mengenai topik berkenaan.

Nak masuk Kolej Komuniti malu sebab nampak bodoh sangat dengan kawan, lepas tu masuk kolej swasta yang takda nama.

PELAYAR FACEBOOK

"Kolej cap sardin ni pun nak berniaga, dua kali dia bagi surat tawaran kat anak aku, padahal kualiti kolej diragui.

Tengoklah kolej dekat area mana. Memanglah budak-budak baru nak up (BBNU) ni gila nak pergi. Nak jadi orang bandar," tulis beberapa netizen.

Selain itu, sebilangan graduan Kolej Komuniti turut berkongsi testimoni kejayaan mereka biarpun tidak berjaya melanjutkan pengajian ke universiti atau kolej terkemuka.

A student writes in a notebook while attending an online class from home in Miami, Florida, U.S., on Thursday, Sept. 3, 2020. In a victory for state education leaders, an appeals court said Monday that Florida’s school reopening order did not force students back to campus, nor teachers back into classrooms, and should remain in effect while the lawsuits challenging its constitutionality move through the court system. Photographer: Eva Marie Uzcategui/Bloomberg

Pelayar Facebook menasihati ibu bapa B40 agar tidak menghantar mereka ke IPTS yang diragui. -Gambar hiasan

Malah, mereka turut memberi nasihat kepada golongan B40 agar berpijak di bumi nyata dan menurunkan ego untuk belajar di kolej-kolej kemahiran biasa demi masa depan lebih cerah.

"Aku punya nasihat kepada ibu bapa dan anak-anak, hantarlah anak korang masuk Insitut Kemahiran Mara (IKM) dan Kolej Komuniti. Graduan-graduan mereka memang laku di pasaran kerja dan paling penting, ada mentaliti usahawan. Aku nak cakap lebih tak reti, tapi percayalah cakap aku. Memang untung siapa masuk IKM dan Kolej Komuniti ni.

"Aku dari keluarga B40. SPM aku ke laut, ngam-ngam masuk politeknik tapi course perkayuan. Buat pinjaman tapi sekarang dah habis bayar. Pengalaman kerja aku dari food industry ke furniture industry ke crane manufacturing industry dan sekarang electrification and railway system. Ya dulu aku bodoh tapi aku nak buktikan aku boleh berjaya. Yang penting niat nak belajar ada. Mungkin aku tak pandai dalam akedemik tapi tak semstinya gagal dalam hidup.

"Program Kolej Komuniti, Giat Mara ni bagus. Ajar kemahiran. Boleh proceed bisnes yang provide service once dah ada knowledge berkaitan. Bagus sangat," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain