suria

Ada geng T20 anggap B40 makan oyster mentah di gerai sebagai berangan! Harap tak keracunan makanan

Makan tiram mentah kini menjadi trend dan kegilaan ramai tanpa mengira umur atau status.

KETIKA Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu, trend kopi dalgona yang dihasilkan sendiri di rumah menjadi fenomena dalam kalangan netizen.

Sejak kebelakangan ini, video-video memaparkan 'TikTokers' yang menikmati tiram mentah turut tular sehingga ia menjadi ikutan ramai.

Namun lain pula ceritanya di Facebook apabila wujud individu yang kurang senang dengan trend tersebut.

oyster1

Tiram mentah kini boleh dinikmati dengan harga berpatutan di gerai biasa.

"Sejak trend oyster ni viral, banyak B40 friendly oyster dekat gerai-gerai, tak lama lagi banyaklah oyster B40 pelik-pelik.

"Kepada geng B40 yang start makan oyster tu, make sure betul-betul fresh. Takut tak fresh, nanti keracunan pula," tulis individu itu.

Menurut individu itu lagi, golongan B40 perlu tahu bahawa trend makan tiram biasanya sinonim dengan golongan kaya dan ia biasanya dinikmati di restoran mewah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup beratur panjang demi kunafa! Ini 5 ‘port’ viral yang ramai kata sedap

ARTIKEL BERKAITAN: Kembang tekak! Baru makan 3 suap laksa ‘favourite’, pelanggan muntah nampak ulat berenang dalam kuah

"Juga perlu tahu asal oyster tersebut, kalau kau cultured T20 with fine exquisite taste (macam aku) bolehlah try Atlantic Oysters ke, Kumamoto ke, Pacific Oysters.

"Kalau kau kafir or penghuni neraka boleh try dengan champagne, ia padanan sempurna. But then again kau tu B40, likely tinggal Program Perumahan Rakyat (PPR).

"Makan dekat gerai sambil tangkap gambar dengan phone Oppo, kau nak share dengan follower oyster low class B40 kau tu, harap tidak kena food poisoning," tulisnya lagi.

Kepada geng B40 yang start makan oyster tu, make sure betul-betul fresh.

PELAYAR FACEBOOK

Posting itu dikongsi menerusi Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini sehingga dihujani hampir 200 komen netizen.

Rata-rata netizen mengecam kenyataan itu yang dianggap riyak dan tidak berakal.

"Bila sekarang dah viral, easy access affordable to buy, makan dengan cara begitu, biarlah. Sebab bukan semua orang mampu nak pergi restaurant have-have semata nak rasa oyster.

osyer3

Trend makan tiram mentah banyak dipaparkan menerusi video TikTok.

"Tak ada faedah, riyak semata-mata. Tukang posting ni try hard sangat ni nak bagitahu dia T20 kononnya. T20 tulen tak perlu pengiktirafan orang lain.

"Riyaknya. Ni mesti jenis orang tak pernah bersyukur sebab lahir-lahir terus merasa harta mak ayah.

"Betul la orang kata wang tak boleh beli class. Tu beza orang berduit dengan orang berpendidikan.

"Mana ada orang kaya mengaku dia kaya. Yang baru nak merasa kaya je beria lebih," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, selain trend makan tiram mentah, hidangan kunafa dari Timur Tengah turut menjadi kegilaan ramai sehingga mendapat liputan mStar menerusi segmen Xpose pada 11 Julai lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain