suria

Dara tak terusik, isteri hilang arah dapat tahu suami main cinta dengan lelaki... Kalau gay kenapa kahwin?

Wanita itu kecewa apabila membaca segala mesej romantis antara suaminya dengan seorang lelaki.

DILAMAR seperti ratu, dihancurkan seperti debu!

Begitulah kata-kata wanita ini selepas menyedari lelaki yang dikahwininya mempunyai nafsu songsang.

Menurut wanita yang manis berhijab itu, suaminya berubah sikap selepas mereka mendirikan rumah tangga, malah dia tidak pernah disentuh olehnya.

suami gay 2

Dakwa wanita itu, suaminya tidak pernah memberi nafkah batin kepadanya.

"Perasaan bahagia saya waktu itu adalah berkahwin dengan orang yang saya cinta dan melihat orang tua bahagia. Namun selepas berkahwin, sikapnya banyak berubah dan banyak perkara yang saya tak sangka.

"Malah, sepanjang perkahwinan, sekali pun dia tidak mahu menyentuh saya. Saya dah kahwin tapi masih dara," ujar wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu.

Menerusi bingkisan video yang dikongsi, wanita itu mendedahkan mesej perbualan suaminya dengan seorang lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: BFF suami asyik nak berkepit! Tak puas jumpa di pejabat, malam ajak lepak pula... Netizen syak ada sejarah hubungan songsang

ARTIKEL BERKAITAN: “Suami kena rampas dengan jantan pun sakit juga” - Rumah tangga hampir musnah angkara nafsu songsang, lebih baik insaf sebelum kahwin!

Selain menggunakan gelaran abang dan sayang, kedua-dua mereka turut berbalas mesej mesra dan ucapan I love you.

Kata wanita itu, dunianya bagaikan hancur seketika apabila dia melihat mesej romantis antara suaminya dengan lelaki berkenaan.

"Suami saya cintai dia, bukan saya. Seketika dunia terasa runtuh. Saya cuba menerima keadaan itu tapi suami terus pergi dan tiada khabar berita.

suami gay 4

Sayang seribu kali sayang, kebahagiaan yang dikecapi hanyalah sementara.

"Bahkan saya pula yang rasa bersalah sebab memeriksa telefon miliknya. Dia menghilang. Dia lost contact dengan semua keluarga. Kecewa dan stres sangat, hampir nak gila rasanya.

"Hal yang tidak pernah dibayangkan terjadi dalam hidup saya. Hancur sehancur-hancurnya sampai pada masa itu saya ingin mengakhiri hidup tapi disedarkan oleh orang tua, keluarga dan sahabat yang selalu bagi semangat. Everything is over," ujarnya lagi.

Pada penghujung video, wanita itu turut berkongsi salinan dokumen perceraian dia dengan suaminya yang bertarikh 4 Julai baru-baru ini.

Sepanjang perkahwinan sekali pun dia tidak mahu menyentuh saya... dah kahwin tapi masih dara.

ISTERI MALANG

Biarpun kisah itu berlaku di Indonesia, ia turut tular dan meraih perhatian masyarakat di Malaysia yang rata-ratanya simpati dengan nasib wanita berkenaan.

"Kenapa berkahwin kalau dah suka kaum sejenis? Lepas berkahwin tak sentuh langsung bini tu... kesiannya. Akhirnya bercerai.

"Kenapa nak membazir masa orang lain, elok orang tu anak dara jadi janda sebab sikap selfish awak. Sedihnya," tulis Embun Kirana sehingga meraih lebih 5,000 ulang ciap (retweet).

Di ruangan komen, netizen turut menyelar sikap tidak bertanggungjawab lelaki berkenaan yang menganiaya isteri demi menutup nafsu songsangnya.

suami gay 3

Kisah pasangan Indonesia ini tular sehingga ke Malaysia.

"Pernah kenal seorang hamba Allah ni, dia nikah sebab nak ikut nasihat mak dia dan tutup cerita yang dia memang suka kaum sejenis.

"Sedih sebab pengantin perempuan tu nampak genuinely happy sangat masa kahwin tu, tak dapat bayangkan rasa kena khianat perasaan dia tu.

"Pernah baca kat paper dulu-dulu, yang golongan ni kahwin juga dengan perempuan sebab nak sorok aktiviti songsang mereka.

"Sesetengah orang nak sorok dia gay. Serius makin teruk dunia sekarang," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain