suria

Virus RSV sangat jahat! Ibu sangka bayi usia 2 bulan demam biasa, menyesal lambat bawa ke hospital

Selepas hampir seminggu batuk tanpa henti, bayi Nurul Ain disahkan dijangkiti virus RSV. Foto: Facebook

BAGI ibu bapa yang mempunyai anak kecil terutamanya di bawah usia lima tahun, perkara yang paling merunsingkan mereka adalah apabila si manja menunjukkan simptom seperti demam, batuk atau selsema.

Ini kerana anak kecil pada usia demikian amat sensitif dengan keadaan persekitaran dan mudah dijangkiti virus yang mana jika tidak ditangani secepat mungkin, ia pasti akan memberi kesan kepada kesihatan mahupun tumbesaran.

Menerusi satu coretan di Facebook, seorang ibu berkongsi pengalaman paling menakutkan di mana dia nyaris kehilangan anak kecilnya yang berusia dua bulan, gara-gara dijangkiti sejenis virus.

rsv 1

Nurul Ain berkongsi kisah bayi lelakinya yang dijangkiti virus RSV di Facebook.

Menurut wanita yang dikenali dengan nama Nurul Ain, perkongsian tersebut adalah demi menyebarkan kesedaran untuk diambil pengajaran oleh ibu bapa yang lain.

"Tanggal 24 Jun 2022 (Jumaat), hari yang sangat-sangat bersejarah untuk saya sebagai seorang mama. Saya hampir kehilangan anak lelaki saya yang berumur dua bulan.

"Eusof dikejarkan ke Klinik Kesihatan Luyang (Kota Kinabalu, Sabah) ekoran nafas laju 90 kali perminit dan paras oksigen jatuh kepada 81 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Usia belum pun 4 tahun tapi dah 3 kali kena Covid-19... ibu muda kesal percutian ke Melaka bawa musibah, doa penyakit 'pindah' kepadanya

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Mata anak terbeliak, mulut terkacip, ibu berkali-kali lafaz maaf kepada anak kena Influenza A - “Aku tak mahu kehilangan lagi”

"Enam hari sebelumnya Eusof batuk, selsema tanpa demam. Pergi Hospital Likas diberi Paracetamol, nasal drop dan suction untuk sedut kahak. Kemudian dibenarkan pulang seperti biasa.

"Tapi sepanjang di rumah, Eusof memang non-stop batuk, menangis dan tidur pun atas badan. Saya anggap itu sakit biasa. Iyalah sekarang kan musim anak-anak sakit. Bertahan enam hari sampailah hari bersejarah ini," kongsinya.

Kata wanita berkenaan, keadaan di klinik pada pagi 'hari bersejarah' berkenaan begitu tegang di mana petugas perubatan kelam-kabut membuat pemeriksaan terhadap Eusof.

"Di sana doktor cakap, 'syukur, kalau lima minit terlewat, habislah'. Eusof struggle diambil darah untuk tujuan x-ray.

"Apabila keputusan keluar, menunjukkan ada jangkitan kuman di paru-paru seterusnya dimasukkan ke wad di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

"Di sana kena ambil darah lagi, tangan Eusof tak ada rupa sudah sebab asyik diambil darah untuk detect virus apa yang serang dia.

bayi 2

Menurut Nurul Ain, ada bayi yang dijangkiti RSV terpaksa ditidurkan. Gambar hiasan

"Selain jangkitan kuman, keputusannya adalah Eusof dijangkiti virus Respiratory Syncytial Virus atau RSV. It was my fault sebab tak ikut naluri hati . Saya patut datang hospital lebih awal. Masa dia batuk kuat, sampai macam mahu terkeluar kerongkong dia," tulisnya.

Kongsinya lagi, sepanjang di dalam wad, pelbagai prosedur yang perlu dilalui anak kecilnya iaitu diambil darah dan sedutan setiap dua jam untuk menghilangkan kahak serta hingus.

"Sakit jiwa saya sebagai seorang mama tengok situasi begitu. Tapi kena kuat berjuanglah selagi mampu, jangan tinggal sedikit pun sisa.

"Di wad ada bayi berumur setahun lapan bulan yang terpaksa ditidurkan sebab virus RSV ini. Jika lambat dirawat, boleh sebabkan kematian. Virus RSV sangat jahat," ujarnya.

Selepas beberapa hari dirawat di wad, Nurul Ain berkata keadaan bayinya semakin pulih.

Selain jangkitan kuman, keputusannya adalah Eusof dijangkiti virus Respiratory Syncytial Virus atau RSV. It was my fault sebab tak ikut naluri hati.

NURUL AIN

IBU

"Alhamdulillah we survived. Virus RSV bukan penyakit yang boleh dipandang remeh. Tanda-tandanya demam on and off, batuk, selsema, sakit telinga dan kurang selera makan atau menyusu.

"Orang dewasa yang ada sinus atau merokok... jangan bagi sentuh anak-anak kecil. Itu paling utama.

"Saya masih di bawah tempoh kuarantin kerana kemungkinan untuk dijangkiti sangat tinggi memandangkan Eusof juga masih diberikan antibiotic. Sekian, daripada pejuang RSV Pneumonia," tulisnya lagi.

Untuk rekod RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.

baby

Antara simptom RSV adalah demam, batuk, selsema dan kurang selera makan. Gambar hiasan.

Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun. Jangkitan RSV ini juga berisiko untuk dijangkiti individu dewasa.

Simptom jangkitan virus ini adalah ringan dan biasanya hampir sama dengan selesema biasa.

Jangkitan RSV ini boleh menjadi teruk bagi sesetengah kes, terutama pada bayi pramatang dan bayi dengan masalah kesihatan yang mendasari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain