suria

CCTV rakam kebaikan! Tersentuh hati tengok ‘pak guard penyayang’ bawa anak ke tempat kerja, ves dijadikan alas dan selimut

Seorang pengawal keselamatan yang melayani anaknya dengan penuh kasih sayang membuatkan ramai tersentuh.

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Demikian ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan situasi seorang pengawal keselamatan bertindak membawa bersama anak kecilnya semasa sedang bekerja seperti yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman video berdurasi 1.06 minit yang kini tular di laman sosial, pengawal keselamatan itu dilihat melayani anak perempuannya yang berusia sekitar empat tahun di pos pengawal dengan penuh kasih sayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih bapa... Anak melompat riang dapat hadiah jam tangan mainan, netizen kagum cipta bahagia cara sederhana

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa paling gembira anak dapat masuk MRSM siap buat kenduri, akhirnya menangis kecewa tak dapat hantar akibat kemalangan

Video tersebut yang dirakam di pos pengawal kemudian dimuat naik di aplikasi TikTok yang sehingga kini meraih lebih daripada 760,000 jumlah tontonan.

"Respect sangat melihat keadaan ini. Biarpun tidak tahu cerita di sebaliknya, namun terlihat sebuah tanggungjawab," demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian tersebut.

Menerusi video itu juga, kelihatan pengawal keselamatan tersebut menghamparkan ves hijau miliknya di atas meja untuk dijadikan kain alas tempat tidur anak kecilnya itu, sebelum kanak-kanak tersebut diselimut dengan ves yang sama.

Apa yang membuatkan netizen tersentuh, anak kecil tersebut seolah-olah memahami situasi lalu terus memejamkan matanya untuk tidur dan memudahkan bapanya menyambung tugasan.

mentari court 1

Anak perempuan pengawal keselamatan tersebut terus memejamkan mata sebaik diselimutkan bapanya.

Difahamkan insiden itu berlaku di Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut dikongsikan pemilik akaun mengenai pengawal keselamatan tersebut.

Perkongsian tersebut nyata menyentuh naluri netizen yang mengakui menitiskan air mata melihat ketulusan kasih seorang bapa terhadap anaknya.

Apabila seorang ayah juga seorang ibu... sungguh besar pengorbananmu ayah. Semoga kelak apabila anakmu sudah besar bisa membalas semua ini.

NETIZEN

"Kasih sayang dan tanggungjawab seorang ayah kepada anaknya. Dalam masa yang sama mencari rezeki untuk keluarga.

"Apabila seorang ayah juga seorang ibu... sungguh besar pengorbananmu ayah. Semoga kelak apabila anakmu sudah besar bisa membalas semua ini.

"Ayah yang baik akan hasilkan didikan yang baik. Tak perlu kaya dan mewah," demikian antara komen netizen.

komen mentari court

Antara komen netizen yang sebak menyaksikan ketulusan kasih sayang si bapa terhadap anaknya.

Dalam pada itu ramai turut tertanya-tanya mengenai status si bapa sama ada dia merupakan seorang bapa tunggal atau sebaliknya kerana membawa anak ke tempat kerja.

Segelintir warga maya juga menawarkan bantuan untuk menjaga anak kecil tersebut secara percuma sementara pengawal keselamatan tersebut keluar bekerja.

"Bagilah saya jaga anak abang... abang pergi kerja, tak payah bayar pun. Boleh buat kawan dengan puteri saya. Balik kerja nanti ambil saja," komen salah seorang netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain