suria

Senasib dengan Talita zuriat arwah Siti Sarah, wanita ini menangis anak mengadu rakan sekolah ejek tak ada bapa!

Wanita berkenaan tidak dapat menahan sebak selepas mendengar cerita anaknya. Gambar hiasan

BUKAN calang-calang cabaran yang harus dipikul oleh wanita bergelar ibu tunggal dalam membesarkan anak.

Sudahlah bersendirian mencari rezeki demi kelangsungan hidup, mereka juga perlu menghadapi kerenah anak-anak terutamanya yang masih kecil.

Begitulah juga kisahnya dengan seorang wanita ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bergelar anak yatim sejak usia 14 hari, kini patah 2 kaki pula... lelaki ini terharu dikurniakan sahabat sanggup dukung, bancuh susu sebelum tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek 84 tahun gelisah kenang nasib cucu autisme yatim piatu, tak senang duduk fikir siapa boleh sambung tugas jaga anak syurga

Berstatus ibu tunggal selepas kematian suami sejak lima tahun lalu, dia tabah dan cekal membesarkan dua cahaya mata yang masih bersekolah rendah.

"Selama ini bagi saya tiada masalah untuk membesarkan mereka, dan mereka pun dah faham ketiadaan ayah mereka sejak dari kecil.

"Selama ini mereka cuma merintih kerana rindukan ayah mereka, jadi saya bawa mereka ke kubur arwah," tulis wanita ini dalam satu mesej yang dikongsikan di Twitter oleh personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya.

ejek 1

Sebagai ibu, wanita tersebut turut sedih mengenangkan nasib anak-anaknya yang kehilangan kasih sayang seorang bapa. Gambar hiasan

Selama tempoh lima tahun bergelar anak yatim, buat kali pertama, wanita itu berkata anak bongsunya menunjukkan kelakuan aneh baru-baru ini.

"Si adik tiba-tiba senyap dalam kereta. Saya tanya dia kenapa senyap? Takut saya ada buat salah atau dia terasa hati dengan abangnya.

"Tiba-tiba dia menangis. Katanya, kawan dia gelakkan dia tak ada ayah. Allahu... luluh hati seorang ibu bila anak menangis sebab itu.

"Saya tak tahu nak cakap apa dekat anak saya, saya menangis bersama dia... kebetulan masa itu abangnya tengah potong rambut di kedai. Apa yang saya perlu katakan pada anak jika berlaku lagi kejadian macam ini.

"Betul, saya rasa sedih sebab di usia kecil macam ni mereka dah hilang kasih sayang seorang ayah. Saya hilang kata semasa si adik cakap macam tu," katanya lagi sambil memohon pandangan warganet.

kubur

Setiap kali anak-anaknya meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapa, wanita itu akan membawa mereka menziarahi pusara arwah. Gambar hiasan

Sehingga kini perkongsian tersebut diulang kicau lebih daripada 4,000 kali.

Pada Khamis lalu mStar turut melaporkan tentang luahan hiba anak kedua selebriti Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Dzakira Talita Zahra, yang diejek rakan sekolahnya.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Talita yang kini berusia sembilan tahun menangis teresak-esak kerana diketawakan rakan sekelas kerana kematian ibu.

Sis, peluk anak sambil beritahu Allah sayang ayah lebih lagi sebab tu Allah ambil awal.

NETIZEN

Sementara itu menjengah di ruangan komen pada perkongsian Ahmad Fedtri, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dan simpati dengan wanita tersebut.

"Sis, peluk anak sambil beritahu Allah sayang ayah lebih lagi sebab tu Allah ambil awal. Allah beri segala kebahagiaan kepada ayah sekarang ni. Kita semua akan pergi. Ayah ibu yang lain pun akan pergi, jadi yang penting awak kena jadi budak yang baik supaya ayah gembira tengok anak dia berakhlak mulia," tulis @diyaamin.

Namun, kebanyakan netizen meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan sikap sebahagian kanak-kanak yang tidak mempunyai akhlak dan nilai empati.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama di mana mereka pernah menjadi mangsa ejekan rakan-rakan di sekolah, hanya kerana memegang gelaran anak yatim.

komen

Antara komen netizen pada perkongsian tersebut.

"Satu hari ada seorang budak perempuan yang tak puas hati dengan saya dan kami bergaduh mulut. Lepas itu dia geram sangat, dia cakap 'perangai orang tak ada mak memang macam ni... kurang kasih sayang'. Waktu itu terus sebak," tulis @syahirizzuan.

"Saya kehilangan ayah semasa berumur lapan tahun. Saya masih ingat dekat sekolah, kalau ada apa-apa isu yang terkait dengan saya, cikgu selalu cakap 'dia ni memang, bapa dia dah mati'," komen @syaz17.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain