suria

Wah, siap ada balkoni! Ramai keliru tengok bangunan flat menumpang rumah ‘teres’ 2 tingkat, ada yang kata ini ‘B40 kayangan’

Beberapa unit flat diubah suai pemilik.

"RUMAH flat, selera teres."

Itu antara reaksi netizen selepas melihat gambar yang memaparkan dua unit rumah flat diubah suai seakan-akan sebuah rumah dua tingkat.

Mana tidaknya, rumah tersebut turut mempunyai balkoni yang tersergam indah malah sekali pandang persis mini banglo.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jiran dari neraka’! Wanita berang luar rumah jadi ‘tapak pelupusan sampah’ sampai terburai, berulat... Tegur tak jalan, terus kasi ‘notis’

ARTIKEL BERKAITAN: Lelong kereta jiran RM800, siap percuma pam racun! Mesej padu peniaga menjadi, jiran ‘kebal’ 2 tahun asyik parking depan rumah akhirnya ubah fikiran

Ruang lantai di tingkat satu pula kelihatan lebih besar dari bahagian bawahnya dan dipercayai mempunyai lebih daripada tiga bilik bagi setiap unit.

Jika diteliti secara terperinci, kemungkinan kedua-dua aras tersebut dihuni oleh keluarga yang sama kerana rekaan dan penggunaan pintu sliding di bahagian bawah dilihat seolah-olah pintu utama bagi sebuah kediaman.

Malah pemilik tersebut juga didapati membela burung kerana terdapat sangkar yang tergantung.

Hantaran yang dibuat di Facebook.

Hantaran yang dibuat di Facebook.

Difahamkan situasi 'flat bertukar teres' ini berlaku di Blok 3 Flat Taman Dato Harun di Petaling Jaya, Selangor atau lebih dikenali sebagai flat tapak maha.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Fairuz Daneen menyifatkan pemilik unit tersebut sebagai golongan B40 yang berstatus kayangan.

"Ini rare... Biasa orang kawasan rumah flat ni tingkat bawah sahaja yang curi tanah renovate sambung rumah.

"Kali ni siap rumah yang tingkat 2 pun sambung rumah juga. Ini B40 kayangan tuan-tuan, pemikiran luar kotak," ujarnya.

Perkongsian yang dibuatnya itu mencetuskan pelbagai reaksi malah ada yang menyatakan ia hanya ilusi kamera.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Nampak macam rumah flat tu yang menumpang buat pada rumah dua tingkat depan tu. Ini semua salah rumah flat belakang.

"Tu gambar rumah teres di belakangnya rumah flat," ujar beberapa netizen.

Namun bagi penduduk yang tinggal di kawasan sekitar, pengubahsuaian serta penambahan ruangan pada unit rumah flat seperti itu sudah menjadi trend.

Malah ada yang menyatakan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak dapat mengambil tindakan tegas kerana bilangan unit yang diubah suai adalah banyak selain mendakwa terdapat unsur rasuah.

Kabel besar ni. B40 yang bukan 'kaleng-kaleng'.

NETIZEN

"Susah nak buat sebab banyak rumah yang macam ni... PBT sentuh satu rumah mesti bising punya dan rumah-rumah lain pun kena... lagi satu kalau PBT ambil tindakan mula guna segala 'cable' yang ada.

"Ada cable besar kat MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) ni.

"Kabel besar ni. B40 yang bukan 'kaleng-kaleng' (calang-calang).

Netizen turut berkongsi ubah suai yang dilakukan di lokasi lain.

Netizen turut berkongsi ubah suai yang dilakukan di lokasi lain.

"Majlis sibuk buat majlis raya.. entah berapa kali majlis raya sampai membusung perut, kekenyangan 'makan' raya dan 'duit' raya... itu yang buat-buat macam tidak ada laporan.

"Kalau di luar negara memang dah kena saman owner rumah. Siap dirobohkan sekali extended building tu. Takkan tiada orang yang nak tolong laporkan kepada Majlis Perbandaran," aju beberapa netizen lagi

Gambar yang kini tular di setiap platform media sosial itu menyebabkan warganet turut mendedahkan beberapa lokasi lain yang didapati membuat penambahan ruangan.

"Dekat Keramat ada buat macam ni. Bawah mertua atas menantu. Tiada rasa bersalah langsung... ada jawatan pula dalam surau tu.

"Lagi power 2 tingkat. Kat Camar Perling bawah saja," dedah beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain